Saturday, December 24, 2011

Bolasepak, Tuguero, 5D

Gua pernah berkata dahulu

“Apa yang dilakukan oleh rakyat sesebuah negara, mencerminkan keseluruhan sikap, cara berfikir, budaya, sukan, ekonomi dan hiburan negara tersebut.”
Ianya dipanggil Tamadun.

Dalam ilmu sains, kewujudan pemikiran berunsur “penyimpanan idea” dalam konteks perkembangan keseluruhan tamadun ialah dengan penyerapan nilai-nilai kesatuan yang utuh untuk membolehkan sesebuah bangsa bergerak seiring dengan anspirasi pemikiran dan landasan yang dibentangkan oleh idea kesemua rakyat seterusnya membolehkan dicantum untuk menjadikanya lebih berkuasa mega dalam menentukan kesemua aspek tamadun tersebut.

Maka dengan itu, gua cuba untuk mengajak lu orang semua berfikir dengan kadar yang minimum dalam mencari jawapan terhadap apa yang dikatakan tentang aspek-aspek yang terkandung dalam tamadun tersebut. Keadaan ini tak sama dengan apa yang berlaku beberapa tahun sebelum ini kerana lu orang semua lebih melihat kepada taktikal dan taknikal dalam memberikan jawapan, sedangkan permasalah pokok lu orang hanya pandang sepi dan tiada siapa berani mengulasnya.

Oleh itu, sepanjang 9 bulan ini, gua telah menyiapkan satu laporan lengkap dalam mengkaji tentang kelemahan asas yang ada pada bolasepak Negara. Ia juga berkaitan tentang siapa dibelakang sesebuah pasukan Negara dan apa reaksi yang diberikan serta kod-kod rahsia yang terkandung dalam semua persoalan yang dipanggil “Tuguero”.

Maksudnya dengan adanya soalan yang tidak diketahui kod rahsia itu membolehkan kita cuba berusaha untuk mendapatkan jawapannya. Ianya satu persoalan bersifat “antiargue” yakni tiada siapa boleh menyangkal mahupun menolak segala apa yang dihuraikan. Kerana persoalan yang mempunyai kod rahsia ini sememangnya tiada keobjektifan sebenar-benarnya, dan ianya masih dalam proses pengkajian peringkat awal dalam mencari jawapan bersifat seksi.

Begini, gua pernah berdebat dengan segolongan intelektual bolasepak yang sangat tinggi kepakarannya. Dalam kesemua persoalan yang dikemukakan, ianya lebih bersifat taktikal dan objektif. Ya, benar, untuk menjadi seorang yang pakar dalam mengulas setiap taktikal bolasepak dari segi perlawanan, pemain, stadium dan kemudahan paling bodoh. Ianya perlukan satu rumusan paling mudah untuk dihuraikan, tetapi bila diajak menyentuh tentang kelemahan dari segi biologi dan tamadun, semuanya mengatakan itu hanyalah kerja gila.

Kerana bolasepak adalah permainan objektif dari segi corak permainan tetapi menjadi subjektif bila menjaringkan gol. Tiada otak sempurna akalnya dalam mencorakkan serangan hatta Xavi Alonso yang dikatakan perancang tengah terbaik dunia pun tidak mampu memberikan aksi paling optimum untuk membantu Barcelona dalam mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan.

Ianya berkaitan dengan cara berfikir. Untuk mengupas dengan lebih terperinci tentang “cara berfikir” maka kita tidak pula perlu melupakan hubungkaitnya dengan aspek-aspek lain yang terkandung dalam “ketamadunan” seperti yang gua sebutkan di atas tadi. Oleh sebab itu, gua cuba memberikan rumusan mudah untuk lu orang semua paham tentang “cara berfikir” setelah itu barulah gua akan cuba menerangkan tentang aspek-aspek lain.

Dalam setiap penciptaan makhluk ada beberapa jenis spesis yang mempunyai cara pemikiran dan sikap yang sama. Contohnya cara pakcik lu orang berfikir sama dengan cara anak jiran lu. Itu yang dipanggil satu spesis. Ia terjadi bukanlah terbentuk secara semula jadi, bahkan dirancangkan! Maksudnya, dalam sebuah bangsa itu, tiada perkembangan idea dan masih lagi bertakung dan berfikir cara nenek moyang. Sedangkan untuk bergerak dan menjadi spesis yang pelik pada zaman ini, haruslah mengembangkan idea.

Apa itu perkembangan spesis idea?

Perkembangan spesis idea yang gua maksudkan disini ialah dengan pertukaran-percampuran idea dari dalam tubuh untuk dicernakna menjadi satu jawapan paling hebat yang tidak pernah kita semua bayangkan. Tetapi ianya bukanlah mampu memberikan satu keputusan yang paling optimum, malah masih sejajar atau lebih sikit daripada otak genius Xavi Alonso. Kerana perkembangan budaya di Eropah telah melalui pelbagai evolusi yang sangat mengagumkan, bentuk fizikal dan idea yang dibentangkan membuatkan dunia ini terus meluncur mencapai baktun ke-13. Merubah dimensi 3D kepada 4D dan menjalani proses untuk peralihan satu kuasa yang lebih hebat dipanggil 5D.

Kuasa itu adalah “magnet”. Lu orang pasti akan tahu juga suatu hari nanti.
Malah di Asia mahupun Asean, kuasa Negara-negara dibenua ini masih tidak mampu setara kuasa Negara Eropah kerana adanya evolusi tersebut. China, Jepun mahupun India yang mempunyai ketamadunan yang paling masyur di dunia juga tidak setara dengan Negara-negara Eropah lain. Kerana sikap rakyat yang membuatkan aspek ketamadunan itu tidak berganjak merubah kepada yang lebih baik. Malah lebih menjadi keburukan kepada Negara sendiri akibat tiada tindak balas untuk mengawal “penyimpanan idea” yang dilontarkan.


Sebagai contoh, China merupakan antara paling besar wilayahnya di muka bumi ini, mempunyai kebudayaan yang sangat hebat, yang tidak mampu dipelajari oleh mana-mana Negara. Tetapi kerana tiada kesepakatan dalam menentukan corak idea yang berlandaskan konsep yang sama menyebabkan mereka terus mengalami satu budaya yang dipanggil “kegelapan”.

Budaya asal mereka sedikit-sedikit akan mengalami kehancuran dan bakal digantikan dengan satu budaya lain yang tidak akan diketahui walau sedikit pun. Dalam konteks bolasepak, mereka terlambat untuk mengecap satu kenikmatan yang mengagumkan, mereka lebih suka bermain dalam lingkungan persekitaran idea mereka sahaja kerana sikap mereka yang gua sebutkan tadi.

Itulah jawapan mengapa China bukan merupakan penyumbang dalam perkembangan bolasepak moden. Walaupun mereka mampu melakukannya dengan melihat aspek-aspek ketamadunan yang ada pada mereka. Sangat merugikan bukan, tetapi itu adalah satu keuntungan bagi Negara yang maju berlandaskan taktikal dan taknikal.

Manakala Jepun pula, malah diketahui umum merupakan hero Asia, atau lebih melampau dipanggil “Raja Bolasepak Asia” juga tidak terkecuali dalam mengalami atau terkena tempias penghakisan budaya dan bakal mengalami satu kejatuhan yang paling teruk untuk sedekad lamanya. Kajian gua ini bukanlah bersifat propaganda atau mengarut mahupun mencari keuntungan peribadi semata-mata, tetapi kajian yang bersifat kebenaran dan objektif yang paling tepat.

Jepun merupakan Negara yang mempunyai satu ketamadunan yang paling gemilang dalam sejarah peradaban dunia, mempunyai tradisi yang tidak dimiliki oleh mana-mana Negara, dan gua dengan senang hati mengelarkan Negara ini ialah “Negara yang mengamalkan cara Islam, tetapi bangsanya bukan semua beragama Islam.” Lihat bukti dahulu sebelum ingin menyangkalnya.

Bangsa ini dihimpit oleh dua unsur yang berlainan jenis yang masing-masing ingin berebut menjadi kuasa mutlak bagi Negara bangsa ini. Unsur itu ialah cara berfikir dan cara tingkah laku. Mereka masih keliru kerana itu setiap kejayaan yang mereka kecapi masih tidak dianggap Berjaya oleh mereka kerana pemikiran bangsa mereka ialah satu pemikiran yang bercabang. Tidak mempunyai ketepatan. “penyimpanan idea” mereka juga tidak diturunkan menjadi satu kuasa yang hebat. Malah menjadi satu kelemahan.

Dalam aspek ketamadunan sukan atau lebih senang untuk gua sebutkan iaitu bolasepak, mereka telah mencapai tahap yang paling mengagumkan dibantu oleh satu kuasa “magnet”. Jika ketiadaan “magnet” tersebut, pasti mereka merupakan bangsa yang sentiasa jalan tertunduk dan tidak mampu mendongak kelangit untuk mendabik dada.

Walau hakikatnya ketamadunan mereka itu menyebabkan mereka Berjaya dari semua aspek ketamadunan. Tetapi dua unsur yang gua sebutkan tadi menyebabkan mereka selama-lamanya tidak mampu menunjukkan kualiti yang paling optimum.

Itulah beza antara benua Eropah-China-Jepun. Sedangkan mereka bukanlah lagi sebuah Negara, tetapi boleh dipanggil benua dan dipecahkan Negara mengikut wilayah masing-masing, maka dengan itu, terjadilah satu kekuatan yang paling gemilang untuk mengalahkan benua Eropah. Ini diakui ramai intelektual pakar saintis bolasepak.
Tetapi malang, mereka tidak mampu berfikir kearah itu jika benar pun, ia adalah satu kerja paling gila di baktun terakhir ini. Anda setuju?

Terdapat beratus juta kelemahan yang terdapat pada bolasepak, tetapi ditutup dengan satu pemikiran yang berlandaskan konsep yang sama. Yakni, kekuatan-kehebatan-mutu. Kenapa futsal tidak sehebat bolasepak? Kenapa bola tampar pantai tidak sehebat bolasepak? Sedangkan peralatan yang digunakan sama iaitu sejenis bola berbentuk bulat?

Inilah yang dipanggil konsep pemikiran yang sama. Tetapi bukan dari segi cara berfikir dalam menentukan kekuatan, taktikal dan taknikal. Ia mampu memberikan gambaran yang sebenar tentang kekuatan dan kelemahan. Juga mampu memberikan gambaran tentang masa depan, corak permainan dan kemajuan yang boleh dicapai lagi untuk sukan ini jika kita boleh bersepakat untuk menukar neuron-neuron otak.

Percayalah, kekuatan bolasepak bukan terletak pada pemain, tetapi penyokong, samada penyokong itu gila atau separuh gila atau bukan seorang yang gila, tetap juga memberikan satu kuasa dalam pergerakan permainan. Hantaran, sepakan dan sebagainya. Untuk melahirkan penyokong sebegini harus berbalik pada aspek ketamadunan tadi. Bagaimana gua kupaskan dengan panjang lebar tadi, juga sebenarnya tidak mampu menghasilkan keputusan yang optimum, tetapi masih sejajar untuk kita terus bersaing sekurangnya ke peringkat yang lebih tinggi berbanding Asean.

Untuk mencapai kearah peringkat itu, kita perlu berani untuk menghapuskan rejim yang selama ini yang menyelubungi kekuatan bolasepak Negara ini. Rejim itu ialah 6 aspek utama ketamadunan. Iaitu cara berfikir, sikap, kebudayaan, sukan, ekonomi dan hiburan. Pangkalnya adalah cara berfikir, dan kebudayaan. Lihatlah betapa bangsa ini bukanlah bangsa asli yang dilahirkan seperti bangsa Jepun mahupun China, Kita lebih kepada bangsa Singapore ataupun Hongkong, mempunyai pelbagai kaum dicantumkan menjadi 1 bangsa.

Malangnya, kelebihan itu tidak digunakan seoptimum mungkin. Percantuman pelbagai kaum menjadi satu bangsa seharusnya turut dijejaki oleh pencantuman idea dan kekuatan dalaman. Kerana kajian telah membuktikan kehebatan seseorang yang bercantum akal dari dua bangsa yang berbeza membentuk satu pemikiran yang berlegar-legar hebatnya.

Bukan mahu mencemarkan martabat bangsa sendiri, tetapi jika didalam 4D yang kini sedang menjalani proses 5D tanpa disedari, seharusnya masa itu tidak perlu dibuang terlalu lama, percubaan berani dari segi pemikiran harus di lakukan mulai sekarang. Tidak perlu terlalu ingin mencuba sesuatu yang mustahil dapat dilakukan.

Kerana 6 aspek ketamadunan itu tidak mampu berubah dalam masa sedakad ini kerana ianya mengambil masa beribu tahun. Ataupun tidak perlu menulis dengan panjang lebar menerangkan tentang apa itu 6 aspek ketamadunan, malah terjadinya sendiri 6 aspek itu dalam bentuk kekuatan adalah satu perkara yang tidak perlu dicanangkan. Tetapi kerana kelewatan ini, perlu juga dikupaskan untuk rujukan generasi yang akan datang.

Kekuatan optimum itu mampu dicapai jika keberkesanan 6 aspek itu dapat di perbaharui. Untuk itu, secara objektif, masih belum cukup ampuh untuk Negara ini merealisasikan keenam-enam aspek itu disebabkan pelbagai halangan daripada bangsa Negara ini sendiri. Ianya berkaitan dengan banyak perkara yang terlalu kompleks untuk dihuraikan satu persatu.

Kuasa “magnet” yang gua sebutkan tadi adalah jawapan terakhir untuk Negara ini mencapai kegemilangan yang tidak pernah dikecapi, itu pun jika kita masih hidup di dalam zaman 5D atau pun berbalik semula kepada zaman 1D. Ianya bahasa sains yang terlalu sukar untuk gua terangkan kepada lu orang. Kerana tidak semua mampu berfikir dengan sedalamnya. Kerana banyak di antara mereka lebih banyak bercakap soal taktikal dan taknikal.

Jika berkelapangan, gua akan tunjukkan hasil kajian gua berkaitan kuasa “magnet” dan apa kaitannya dengan bolasepak. Terlalu seksi untuk gua huraikan sekarang, gua yakin akan kajian gua, dan gua tidak perlu untuk mendapat sokongan daripada hasil kajian gua ini, kerana ini adalah kajian bersifat peribadi.

Semua 6 aspek itu ada hubung kaitnya dan jangan sesekali tinggalkan satu daripada 6 aspek tersebut jika ingin merubahnya secara total, kerana kebarangkalian hasil tidak menjadi itu ada. Sebab hubung kait itu membuatkan ianya berjalan mengikut turutan seterusnya menjadikan sesebuah Negara bangsa itu terbentuk secara semula jadi kekuatannya.

Negara bangsa ini mempunyai ramuan dan rencah paling cukup untuk menyediakan satu kekuatan yang ampuh, tetapi sikap keturunan nenek moyang yang diwarisi menyebabkan keterbatutan akal fikiran, daya usaha dan cara bertindak.

Ketetapan minda juga harus di tanam dalam diri, percaya membentuk kekuatan itu datangnya secara semula jadi dengan daya usaha yang datang dengan semangat serta naluri hati yang berunsur-unsurkan pelbagai kod. Untuk itu, dalam penghapusan ketetapan minda terhadap 6 perkara paling utama dalam aspek ketamadunan harus dimulai dengan peralihan zaman jika merujuk kepada sains.

Tetapi, untuk lebih bersifat taktikal dan taknikal, seorang manusia yang bakal menjadi seorang pemain bolasepak akan diasuh sejak dari kecil dengan pemikiran yang luar biasa hebat. Diberikan zat yang bergizi, tempat tinggal yang sempurna, pelajaran yang paling tinggi ilmunya, kehidupan terbaik dengan fizikal yang sempurna sifat. Diberikan ilmu bolasepak paling asas, mengenal otot kaki dan pergerakan badan, kaki, tangan dan fungsi otak.

Tidak pula dilupakan ajaran tentang setiap inci benang dalam bola, mesin teknologi yang mereka bentuk sebiji bola. Mahupun pergerakan nafas dalam badan untuk melakukan sepakan yang paling sempurna.

Tidak cukup dengan itu. Hati, mata, naluri yang hebat perlu diasuh dengan ritma alunan terhebat. Untuk melakukan hal itu, semua bahagian yang terlibat harus memainkan peranan, dan peranan yang dimainkan oleh bahagian tersebut seharusnya terlebih dahulu merubah dahulu ketetapan minda dalam 6 aspek tersebut. Bermula dari hati yang bersih dan dilakukan dengan penuh keinsafan serta pengukuhan jiwa diadun dengan kekuatan dalaman.

Untuk mencari kekuatan dalaman, sains tidak dapat mencari jawapan tersebut melalui pengkajian biologi, tetapi masih boleh memberi jawapan dari sudut taknikal. Iaitu dengan pembersihan hati, anjakan minda yang melibatkan “magnet” bila 5D telah siap melalui prosesnya. Ini bukan satu pembohongan tetapi kajian lengkap yang sudah terbukti dengan kod rahsianya.

Mari melihat satu contoh. Semua manusia dilahirkan sempurna, mempunyai otak dan akal yang sempurna bagi setiap Negara bangsa, tetapi setengah bangsa tidak mahu belajar tentang ilmu yang ada di dalam dunia ini. Terlebih mendengar aturan nenek moyang, dengan mengagungkan adat-adat yang sebenarnya memenjarakan diri dan hati daripada terus mengembangkan idea. “penyimpanan idea” yang terlebih sebenarnya membuatkan satu gelombang yang tidak terkawal seterusnya menyebabkan tiada kesepakatan dalam melandasankan satu bentuk idea.

Kuasa “magnet” itu menguntungkan banyak Negara bangsa yang telah lama hidup dibawah payungan rahmatnya. Ini bukan soal keagamaan, jauh sekali politik kepartian. Tapi ia adalah satu tindak balas gelombang bumi terhadap sistem otak manusia, saraf-saraf serta organ badan manusia. Rahsia ini sebenarnya tidak diketahui oleh Negara bangsa yang hebat dalam 6 aspek ketamadunan tersebut. Kerana mereka menganggap itu satu kejayaan yang diraih dengan pengorbanan, pertumpahan darah dan peperangan yang melibatkan kekuatan fizikal dan peralatan senjata yang canggih dibina untuk menentukan kehebatan sesebuah Negara bangsa.

Hubungkait dengan penguntungan tersebut ialah apabila mereka mempunyai satu ketetapan minda yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan Negara bangsa seperti Negara ini. Akar umbi yang ditanam dalam Negara mereka terhadap 6 aspek ketamadunan itu telah meresapi segenap hati dan terus menjadi satu agama yang tidak boleh disentuh atau bercakap tentangnya apatah lagi untuh merubahnya kembali. Ibaratnya Islam yang melarang penganutnya merubah walau sepatah ayat tentang hadis Nabi mahupun para wali, ulama. Kerana bimbang akan memberi kesan yang tidak akan dijangka buruknya tentang kehidupan Negara bangsa sehari-hari.

Begitulah sekadar contoh yang gua berikan. Untuk menyentuh isu “magnet” tersebut, ia tersangat kompleks untuk dihuraikan. Gua menyarankan kepada lu orang supaya banyakkan membaca tentang kisah biologi alam terhadap sistem tubuh manusia. Ianya banyak mempengaruhi kesemua 6 aspek tersebut terutamanya bolasepak.

Apakah dengan memberi pendapat tentang bolasepak Negara ini sambil mengambil contoh kisah perjuangan yang dilakukan oleh Negara bangsa yang hebat akan bolasepaknya memberi kita satu jawapan yang pasti kenapa bolasepak kita tidak sampai ketahap permainan optimum?

Kisah Negara ini tidak sama dengan Negara bangsa lain, Negara ini belum melalui proses fasa yang dinamakan 3D jauh sekali melalui proses 4D apatah lagi 5D. Negara ini belum melalui kitaran zaman kuasa “magnet” yang telah banyak memberi impak dalam perkembangan otak manusia.

Negara ini masih terikat dengan ajaran nenek moyang yang masih menganggap bunyi kuat yang terdengar dari pinggir bukit adalah datangnya dari amaran Allah SWT yang memarahi hambanya yang lalai mengikut suruhannya, sedangkan biologi alam itu terlalu banyak perlu kita pelajari, tanpa menolak tentang kekuasaan Tuhan semesta alam.

Penyokong

Untuk bercakap soal ini, banyak kajian yang telah gua lakukan, dengan mengambil sampel-sampel beberapa orang manusia yang terlalu taksub dengan cara sokongannya, dan beberapa sampel manusia yang tidak mengambil peduli tentang bolasepak apatah lagi mengambil tahu tentang sukan, boleh diibaratkan sebagai kaki bangku.

Setelah melalui proses akhir kajian, gua akan bentangkan pada lu orang ekslusif hanya di blog no.1 di Malaysia ini. Tetapi untuk mengambil sedikit apa yang dikaji, tidak salah untuk dikongsikan, maka dengan itu, gua telah merekodkan semula kod-kod rahsia pengkajian gua untuk gua bentangkan sedikit untuk lu orang pengikut setia bloa gua.

Penyokong merupakan sekelompok manusia yang telah menandai hati mereka dengan satu tujuan yang sama, tidak lain tidak bukan hanya menyokong dan memberi sokongan terhadap sesuatu perkara yang mereka minat. Contohnya bolasepak. Bolasepak itu sendiri mempunyai satu kuasa yang amat menakjubkan, iaitu kuasa “magnet” dan bila kuasa “magnet” itu bertembung dengan kuasa penyokong yang dipanggil “ultra” maka hasilnya adalah “0”. Ini bukanlah kajian bersifat anti “ultra” tetapi bukti atau hakikat dimana kuasa itu tidak saling bersahabat antara satu sama lain.

Jangan pula bahawa selama gua tidak suka akan “ultra” menyebabkan gua telah memesongkan kajian gua untuk membenam “ultra” di perut bumi. Itu adalah satu kesalahan besar dalam disiplin sains para saintis. Di Eropah “ultra” diibaratkan sebagai agama rasmi. Penganut agama “ultra” menghambakan diri menjadi seorang yang taat kepada ajaran “ultra” dan bila itu berlaku, wujud satu kuasa “magnet” baharu yang mengabungkan “ultra” dan “magnet” menyebabkan terwujud pula satu kekuatan paling hebat dipanggil “tuguero”.

Di Negara ini, “ultra” dicedok kesemuanya dari “ultra-ultra” yang terdapat di Negara bangsa lain. Tetapi diadun dengan budaya setempat yang diketahui tidak punya apa-apa kekuatan. Hanya mempunyai kekuatan ajaran nenek moyang sahaja yang tidak membawa apa-apa langsung kekuatan dalaman yang hebat seperti “ultra” di Negara bangsa lain.

Kekuatan mereka terletak pada cara sokongan yang sama, tetapi jiwa mereka belum menjadi “ultra” yang sentiasa menghambakan diri seperti agama. Dan gua boleh katakana, bahawa pengikut “ultra” merupakan seorang yang bebas berfikiran, dalam soal apa jua yang ingin mereka bicarakan. Tanpa halangan mana-mana peraturan.

Tetapi “ultra” Negara ini masih tidak tahu cara sokongan bagaimana yang membolehkan mereka mendapat kuasa “tuguero” itu. Dan mereka masih lagi membasi-basikan bahasa supaya mereka kelihatan seperti “ultra” luar, tetapi hakikatnya mereka tidak mampu. Kerana peraturan yang mereka ikut sejak dari lahir tidak membolehkan mereka berfikiran bebas seperti “ultra” Negara bangsa lain.

Maka itu, kuasa “magnet” yang diharap-harap dapat memberi satu jawapan paling seksi untuk membuktikan “ultra” itu benar-benar berkuasa dalam menentukan jatuh bangun sesebuah pasukan sebenarnya tidak terjadi. Kerana seperti yang gua kupaskan tadi. “Ultra” Negara ini sebenarnya salah, dan tidak boleh diguna pakai di kawasan kutub selatan ini kerana kuasa “magnet” hanya bersahabat dengan Negara berkawasan kutub utara.

Itu sebenarnya yang terjadi terhadap 6 aspek ketamadunan yang gua bicarakan tadi. Lu orang fikirkan balik dan baca mengikut susunan perenggan. Supaya lu orang tidak tertinggal kod-kod rahsia yang gua berikan. Untuk cara sokongan yang berunsurkan “ultra” harus diwujudkan dengan cara Negara ini mahupun rantau ini. Lihat sahaja Indonesia, “berultra” tetapi masih tidak mampu menjadi “tuguero” walaupun “ultra” mereka antara yang terbaik di dunia.

Bukti? Lihat pasukan Negara mereka, selain dari sistem yang ambradul, serta lain-lain lagi benda yang tidak betul, mereka sebenarnya tidak layak mengangkat penumbuk di langit mengatakan mereka memegang panji-panji “ultra” disebabkan mereka bukanlah berasal dari Negara berkuasa “magnet” yang diketahui sebagai Negara yang bersahabat dengan kuasa “magnet” hanya mereka yang memberi penghormatan terhadap “ultra” ibarat agama rasmi mereka sahaja.

Cara terbaik untuk melawan “ultra” adalah dengan mencipta satu formula dari kuasa yang ada pada Negara ini, iaitu “graviti” dan berikan sahaja apa nama yang sesuai, jika unsurnya berunsurkan “graviti” pasti kekuatan hebat pada abad ini bakal terjadi dan dapat menghapuskan “ultra” yang sekadar boneka itu.

BERSAMBUNG

Tuesday, December 13, 2011

FUCK ULTRAS

Ok, Dalam banyak kajian gua, satu perkara yang harus lu orang tahu, ialah tentang bagaimana sifat penyokong bola sepak itu mempengaruhi kebangkitan sesebuah pasukan. Satu sifat keterbalikan itu sebenarnya yang mempengaruhi kebangkitan. Dalam apa jenis analogi, semua berkait rapat dan ianya tentang sebuah cerita berlainan versi, tetapi tetap dengan satu destinasi atau jawapan.

Lu orang semua mesti tahu kewujudan kelompok penyokong yang terdiri daripada mereka yang fanatik, kurang fanatik atau suka-suka menyokong. Dalam ketiga kelompok penyokong ini. Sebenarnya penyokong yang suka-suka menyokong itulah yang mempengaruhi kebangkitan sesebuah pasukan. Sebabnya ialah tentang bagaimana mereka berfikir akan jawapan yang sentiasa tetap untuk sebuah pasukan yang mereka sokong. Mereka tidak meletakkan harapan dan tidak pula memberi harapan.

Dalam kajian gua yang berhasil mendapat kepujian dari NASA ini telah membuktikan tentang hakikat itu. Dalam ilmu psikologi terdapat himpunan bidang termasuklah tentang 'penjelasan', 'ramalan', 'tingkah laku', 'pemikiran','rumusan', 'emosi', 'keupayaan', dan 'patalogi'. Semua itu adalah himpunan yang sama dan tajuk sebenarnya dalam himpunan itu ialah tentang 'kuantitatif', dan 'statistik'.

Lu orang janganlah panik dan takut dengan semua itu. Sebab gua akan memberikan satu analogi yang paling mudah untuk lu orang fahami. Analogi gua ini levelnya peringkat otak tepu Ultras Malaya saja. So lu orang tidak perlu takut untuk membaca sebuah penyelidikan bersifat seksi ini. Seseorang yang datang kepada gua dua hari lepas bercerita semuanya berkaitan Barcelona vs Real Madrid lalu dengan perasaan yang sangat yakin, seyakin dirinya yang berseluar boxer di dalam McD.

"Mourinho ni sebenarnya coach yang tak pernah marahkan player-player dia, otak dia genius. Tapi player dia yang tak genius."

"Barcelona ni main laju, bola kat kaki 2 saat je pass terus dekat kawan. Tak tunggu lama."

Itu sebahagian daripada kata-kata mamat itu.

Sebenarnya banyak ayat dia yang boleh gua tingkah dan sangkal. Senang saja bagi gua untuk patahkan semua apa yang dia kata. Tapi disebabkan seseorang yang cuba ingin berlagak dalam memberikan rumusan tentang apa yang dia lihat, gua cuma mampu tersenyum dan mengangguk. Selari dengan sifat malu yang ada pada gua, apa yang mampu gua lakukan hanya cuba memberi fokus di hapadan laptop supaya tidak lagi memberi harapan kepada mamat itu untuk gua terus mendengar dengan reaksi yang menarik. Bukankah itu satu keputusan yang seksi?

Penyokong yang suka-suka ini sebenarnya lebih power daripada penyokong yang fanatik. Mereka mempunyai pemikiran yang statik dan tidak bercambah walau sedikit pun, hatta dalam memberikan rumusan tentang apa yang gua ceritakan tadi. Ianya tentang 'rumusan' dan diadun dengan 'tingkah laku'. Maka sempurnalah sifat seorang penyokong paling hebat seterusnya dapat mempengaruhi kebangkitan sebuah pasukan. Bukankah itu seksi?

Untuk mencapai tahap pemikiran tersebut, lu orang semua tentulah kena mempelajari dan fokus untuk mentafsir semua sifat yang ada pada semua yang 'bertingkah laku'. Walaupun subjek utama bukanlah bolasepak. Tapi tentang bagaimana mereka bertingkah laku bolasepak. Sedikit ciri-ciri tidak mengapa, kerana itu adalah picisan subjek yang harus lu orang cantumkan untuk menjadi sebuah rumusan yang paling seksi.

Keupayaan lu orang mungkin terbatas dan tidak mampu memberikan sesuatu yang seksi untuk pasukan yang lu orang sokong. Tapi dari sudut ahli sains seperti gua, lu orang harus melihat semua itu sebagai ramalan dalam menentukan arah pemikiran lu orang. Sebagai contoh, apakah kata-kata gua dengan rasminya mengangkat kelompok penyokong suka-suka itu sebagai yang paling power di planet bumi ini sebenarnya salah atau sebaliknya? lu orang mampu menyangkalnya bukan? itu adalah satu sifat normal dipanggil 'emosi'.

Tapi dalam sebuah penghujahan yang tiada daulat serta undang-undang yang termaktub dalam mana-mana perlembagaan negara. Gua dengan yakinnya memberikan lu orang keyakinan pula untuk menyakini apa yang gua yakini. Itu sebenarnya keseksian yang paling klimaks.

Berbalik pada tajuk sebenar kajian gua, kelompok ketiga dari segi 'rumusan' dan 'tingkah laku' itu telah banyak memberikan kita ruang untuk kita lebih yakin tentang sifat semula jadi yang ada pada kita. Ruang keyakinan yang sempit harus dibuka dengan luas dan berfikir dengan sifat yang waras supaya kita mampu melihat semula diri kita sendiri dengan sebenar-benar pemikiran.

Cuba melihat diri kita, apa yang dilakukan kita pada mula-mula kita mengenali apa itu bolasepak, bermain bolasepak menyokong atau memerhati sahaja. Kelompok sebegini ramai dalam sebuah institusi penyokongan sesebuah pasukan. Mereka menghadirkan diri ke stadium dengan matlamat yang tidak pernah goyah dan lari dari sifat asal mereka. Cukup sekadar itu untuk lu orang terus berfikir. Tapi analogi mudah level otak tepu Ultras Malaya ini sebenarnya tidak akan difahami jika tiada keupayaan berfikir paling asas dalam diri lu orang.

Matlamat kedua harusnya berkaitan dengan matlamat pertama, tapi apa matlamat pertama itu? subjeknya ialah 'bolasepak' dan matlamat kedua subjeknya ialah 'sokongan', bukankah ia berkaitan? tidak pula kita terfikir untuk menyokong seseorang yang tengah membaiki lampu jalan untuk mereka lebih bersemangat, maka menarilah seperti tarian lompat-lompat membelakangkan padang walaupun orang yang sedang membaiki lampu jalan itu sedang berada di hadapan. Adakah itu tindakan yang gila bagi lu orang?

Dalam kajian sains, tiada istilah gila, tetapi ia lebih menjurus kepada kurang waras atau mungkin penemuan baru yang tidak mampu ditafsirkan secara semula jadi oleh kebanyakkan orang atau otak-otak manusia yang patriotaik. Jika anda seksi, harus setuju dengan pandapat ini. Itu sekadar analogi, lu orang yang waras akan rasa itu adalah tindakan yang betul kerana ia telah dilakukan oleh mereka yang mencipta satu 'rumusan' dan 'tingkah laku'. Maka senanglah untuk kita membayangkan dan setuju dengan tindakan gila@kurang waras tersebut.

Kebiasaan itu memupuk kita untuk lebih percaya tentang semuanya. Tapi setengahnya tidak boleh menerima akibat 'emosi'. Dalam sudut manusiawi, itu semua kerja Tuhan, Sains cuma mampu memberikan pelajaran paling seksi.

Maka itu, berbanggalah anda sebagai kelompok penyokong suka-suka daripada anda menjadi aktivis dan dengan bangga mengenggam penumbok di langit. Tak ada apa yang harus dibanggakan tentang semua itu. Percayalah semuanya ini adalah karut.