Wednesday, January 20, 2010

shetzer and stone

Jika orang barat bermaksud membaiki keadaannya, justeru harus menyesuaikan diri dengan islam, dengan meninggakan dikotomi antara urusan keagamaan dan urusan dunia yang boleh disebut sekular.

ini bukan kisah sebuah keagamaan, jauh sekali tentang politik kepartian. jika bukan politik, sudah tentu ini bukan soal partisan. begitu juga sebaliknya. tetapi ini soal hati, mana mungkin hati boleh diubah dengan sepotong kata-kata.

banyak yang faham, sedangkan lebih ramai yang keliru. kadang-kadang celaru sampai naik buntu. fikir punya fikir, otak beku, perut dah sebu, sudahnya makan nasi pun tak lalu. selepas ini apa yang berlaku? kenang peristiwa lalu? atau teruskan membaca buku?

Saturday, January 9, 2010

Selalu kita akan mendengar slogan2 yang dilontarkan oleh segelintir fans2 malaysia yang taksub. Yang tidak membuat huru hara, yang mengunakan akal bila menyokong di stadium. Slogan2 mereka ini lebih kepada untuk meningkatkan semangat pemain2 malaysia. kadang2 bukan saja pemain malaysia yang akan bersemangat, malah penyokong2 lain juga turut akan bersemangat untuk sama2 menyokong pasukan. Kumpulan2 ini aku lebih selesa untuk mengelarkan diri mereka sebagai kumpulan penyokong yang keluar dari kepompong diri mereka sendiri.

Tak ada istilah lain selain dari "Keluar dari kepompong diri sendiri". aku lihat mereka sengaja mencipta isu untuk menjadi hero kepada apa yang mereka lakukan. kekekke..

dalam kajian yang belum sempurna ini, aku akan mentafsirkan semua perkara ini dengan menghubungkan ilmu sosialogi untuk mencari sama dengan yang boleh memberikan aku jawapan kenapa penyokong2 ini bertindak sedemikian dengan tindakan yang lebih jauh ke dalam.

Selepas itu, aku akan membandingkan dengan penyokong2 yang dianggap liar, iaitu penyokong yang selalu membuat rusuhan, penyokong yang membuat huru hara. adakah persamaan dalam kedua2 kumpulan ini boleh memberikan jawapan yang agak seksi? kalau sesiapa dapat fikir, tak payah aku jelaskan. tapi kalau yang benak2 tu, terpaksa aku jelaskan nanti setelah semua kajian2 aku selesai.

Sekarang aku nak siram pokok bunga dulu, selepas tu nak sidai kain, kemudian nak basuh pinggan pulak!
Beri aku sepuluh orang penyokong lalang bola sepak malaysia, aku akan didik dan asuh mereka untuk terus menjadi lalang. Percaya ler komee... aku tak tipu, kome nak bagi sekarang pun tak apa. lagi senang kerja aku!

Beri aku sepuluh orang penyokong fanatik bola sepak malaysia, aku akan hasut dan latih mereka untuk menjadi penyokong lalang.. tak percaya? lantak kome lah!

Beri aku ke - sepuluh sepuluh penyokong lalang dan penyokong fanatik bola sepak malaysia ini. aku akan ajarkan ilmu tentang mengutuk dan menghina bola sepak malaysia dengan masa tak sampai 1 jam? tak percaya? lantak kome lahh..

Dalam ajaran yang aku nak bagi tu, ada ilmu psikologi dan ilmu theologi. Mudah je, dalam ilmu psikologi, ada cabang cabangnya atau rakan2 yang selevel dengannya, yakni sosialogi dan anthropologi. aku akan masukkan racun2 yang boleh di observasi mengikut perilaku-perilaku dengan metode yang telah dimodifikasi. ate, udah otak2 mereka pun banyak yang dah dimodifikasi dengan aliran-aliran luar, entah apa-apa je aliran yang mereka terima tu, sampaikan mereka sanggup eksakta kerana aliran-aliran itu!

bukan aku nak kata mereka bongok, tapi memang pun, hahah.. dengan keadaan yang sedemikian, lagi senang kerja aku untuk meracuni fikiran mereka dengan ajaran-ajaran baru aku.. hahahahahah

Thursday, January 7, 2010

Sukanya bila aku nak tulis semua tentang benda ini.. sebab benda ini aku dah banyak kali baca.. masa kecil aku selalu baca benda ni.. Tentang "Nasionalisme Melayu sengaja tidak disebut dari mula". gagasan kemelayuan zaman purba prasejarah tidak dapat dikatakan mengandungi nasionalisme melayu walaupun pada kewujudannya kebangsaan melayu pada masa itu masih murni.

Bukan pulak disarankan bahawa kemurnian kebangsaan menjadi faktor penting dalam nasionalisme melayu, tetapi hanya merupakan pergerakan politik orang melayu mahu memelihara haknye. dan ini adalah dihormati oleh mana2 juga pihak dengan mengatakan itu memanglah haknya. seperti kata tan ding eing dalam bukunya A Patriot of Malaysia and Singapore. terasa sangat lega bila aku dapat mengimbau dan menulis semula tentang benda ini.. rasa nak hentak kepala dekat dinding pun ada!!
tiba2 aku teringat sama itu harun aminurashid.. masa kecik2 dulu, aku suka baca buku dia tentang panglima awang.. berkali2 aku baca kisah panglima awang yang dia tulis. sampaikan naik pitam kepala otak aku. tapi memang dia hebat.. dia seorang penulis yang membangkitkan semangat nasionalisme aku..bukan aku saja, mungkin berjuta rakyat lagi.

sampai sekarang aku masih simpan lagi buku dia tentang panglima awang tu.. aku sangat suka bila tulisannya mencerminkan seorang rakyat marhean tetapi penuh jiwa yang kental medidik berjuta rakyat.

aku pasti akan teringat tentang satu harta yang sangat bernilai.. yang sudah lebih 53 tahun usia peninggalannya. bila aku fikir2.. dalam negara kita ni.. ada saja yang mengaku pejuang.. membela negara.. patriotik.. hakptuihhh.. aku tak percaya semua itu.. sejauh mana patriotik mereka? mengangkat bendera sambil bermegah akulah rakyat malaysia yang sangat cintakan negara?? hakptuihh lagi sekali.. dengan menubuhkan persatuan membela negara? kaum? atau apa2 saja yang menguntungkan sebelah pihak?? hakptuih lagi sekali..

banyak orang yang aku jumpa.. yang aku kenal semua berfikiran kebiasaan dalam lingkungan fikiran orang2 40tahun ke bawah. hakptuihhhh... semua takboleh pakai.. itu belum yang baru usia 30tahun ke bawah.. lagi hakptuihhhh.. sebab itu aku punya ramai kawan yang berusia sekitar lewat 50an.. atau awal 40an.. bagi aku..mereka lebih tahu maksud rakyat yang sebenar dan patriotik yang sebenar..

kawan baik aku, johari namanya, berusia 45 tahun.. yang pernah belajar satu kelas dengan aku sewaktu di institut tempat aku menuntut ilmu.. dia bukanlah seorang yang patriotik.. yang mengangkat bendara.. mengibarkan bendera.. menyanyi lagu negaraku..menyanyi lagu semboyan dah berbunyi atau apa2 saja tindakan beliau yang menyokong atau membela malaysia tanah tumpah airnya.. tetapi dia patriotik bila membicarakan hal rakyat.. soal partisan langsung dia tak sentuh.. dia boleh diibaratkan sebagai seorang rakyat yang selalu menyentuh isu2 rakyat.. boleh jadi.. dia seperti seorang pengkritik yang sangat tidak disukai ramai.. bila perkara sebenar itu dibicarakan tanpa tapisan.. aku harus mengangkat tangan tanda hormat..

seorang lagi.. rakan aku berusia 66 tahun.. pakcik akhbar namanya.. baya2 usia bapak aku je dia ni.. tapi sportingnya tak payah cerita la.. apa yang hendak dibanggakan dengan pengalaman yang baru dicedok selama lebih 30 tahun hidup ? hakptuihhhhh...fikiran matang kononnn....

aku selalu lepak di gerainya.. bersembang dengan dia bila aku balik dari tempat belajar.. dia juga sangat suka menyentuh isu rakyat.. bila rakyat hari ini telah menjadi sebutan yang sangat enak pada individu2 yang insaf..kita selalu melaungkan hak rakyat, mendengar rintihan rakyat..pelbagai sebutan yang di tujukan maksudnya iaitu rakyat..

alangkah indahnya sekarang perkataan rakyat itu di laungkan sendiri oleh tiap2 individu yang betul2 insaf pada kedudukan yang sebenar..yang mana hari ini rakyat jelata telah mendapat pembela dari segenap hati yang benar2 insaf, dan alangkah besar maknanya seseorang iitu telah bergelar atau digelar atau dipanggil penganjur rakyat atau pembela rakyat..

kita suka menarik perhatian kepada beberapa pihak yang takot dengan perkataan rakyat dan takut menyebut perkataan rakyat yang disangka oleh mereka adalah rakyat itu perkataan "politik" jadi ertinya "rakyat" itu merbahaya dan janganlah disebut sebut perkataan rakyat, apa lagi dihubung hubungkan dengan diri mereka...

hendak kemana orang itu atau puak itu? hendak lari dari rakyat? bukan ke dengan sebab ada "raja" baru ada sebutan "rakyat"? adakahkah pernah kejadian ada raja tak ada rakyat? bukankah yang sebenarnya penganjur rakyat itu ialah raja? disini cukup terang nasib bangsa melayu semakin sempit dan gelap.

sangat berharap pada orang2 yang bertanggungjawab di atas soal keselamatan rakyat melayu atau malaysia ini, janganlah takut kepada perkataan rakyat, kerana rakyatlah yang menjadikan sebuah negara itu kuat dan dihormati.

sejarah bangsa melayu dari zaman merdeka hingga zaman terjajah sentiasa rakyat malaysia berdiri di belakang penganjur dan pemimpinnya dengan memikul nasib mulia sama dujunjung dan hina sama derita..

selama mana aku terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada seorang nasionalisme sejati.. dengan kudrat keringat, bisikkan nawaitu langsung terus kepada sang patriotik sejati bagi meneruskan kerja2 yang mulia ini..

kepada sang patriotik yang membaca tulisan aku ini..ingin aku katakan.. lu bukan patriotik.. lu PATRIOTAIKKKKKK...

sekian