Saturday, January 9, 2010

Beri aku sepuluh orang penyokong lalang bola sepak malaysia, aku akan didik dan asuh mereka untuk terus menjadi lalang. Percaya ler komee... aku tak tipu, kome nak bagi sekarang pun tak apa. lagi senang kerja aku!

Beri aku sepuluh orang penyokong fanatik bola sepak malaysia, aku akan hasut dan latih mereka untuk menjadi penyokong lalang.. tak percaya? lantak kome lah!

Beri aku ke - sepuluh sepuluh penyokong lalang dan penyokong fanatik bola sepak malaysia ini. aku akan ajarkan ilmu tentang mengutuk dan menghina bola sepak malaysia dengan masa tak sampai 1 jam? tak percaya? lantak kome lahh..

Dalam ajaran yang aku nak bagi tu, ada ilmu psikologi dan ilmu theologi. Mudah je, dalam ilmu psikologi, ada cabang cabangnya atau rakan2 yang selevel dengannya, yakni sosialogi dan anthropologi. aku akan masukkan racun2 yang boleh di observasi mengikut perilaku-perilaku dengan metode yang telah dimodifikasi. ate, udah otak2 mereka pun banyak yang dah dimodifikasi dengan aliran-aliran luar, entah apa-apa je aliran yang mereka terima tu, sampaikan mereka sanggup eksakta kerana aliran-aliran itu!

bukan aku nak kata mereka bongok, tapi memang pun, hahah.. dengan keadaan yang sedemikian, lagi senang kerja aku untuk meracuni fikiran mereka dengan ajaran-ajaran baru aku.. hahahahahah

No comments:

Post a Comment