Saturday, January 19, 2013

Review: Don't Mess With The Yobs Edisi The Yobs Kecewa dengan Negeri Sembilan

Muka-muka suci para pejuang The Yobs

Hebatnya kebangkitan sebuah pasukan dalam mencari kemenangan bukannya datang dari ketinggalan jaringan gol. Tetapi datangnya dari sifat cool bermain bola secara separa kekuatan dengan mengunakan 10 pemain saja di atas padang menentang 11 pemain lawan dan bermain pula di gelanggang lawan.

Hanya dengan sifat cool dan tidak sombong serta memberikan pasukan lawan kemudahan yang secukupnya untuk menang adalah bukti kebaikan sebuah pasukan paling cool dalam Malaysia ini. The Yobs dengan prinsip suka memberi pengajaran dan memberi ilmu baru kepada pasukan-pasukan lawan seperti merasa sangat kecewa dengan lawan-lawan yang dihadapinya. Ilmu yang diberi tidak digunakan sebaiknya. Sebaliknya mensia-siakan pelajaran terbaik yang diberikan oleh The Yobs kepada mereka.

Kebaikan apa lagi yang perlu The Yobs berikan? Aku cuba mengajak kalian semua membayangkan seorang pemain gantian The Yobs melakukan jaringan dengan membiarkan pemain utama bersenang lenang supaya tidak menganggu konsentrasi pemain Negeri Sembilan untuk melancarkan serangan seterusnya menjaringkan gol.

Kalian bayangkan juga akibat terlalu bosan tiada jaringan yang dihasilkan pemain Negeri Sembilan membuatkan Azrai Khor melakukan tindakan drastik memasukan pemain gantian Failee Ghazli untuk mengajar Negeri Sembilan cara menjaringkan gol pada minit ke 83. Terbukti bukan?

Memperlekehkan kebaikan yang diberikan The Yobs yang sengaja mendapatkan kad merah untuk membantu kelancaran pergerakan serangan Negeri Sembilan supaya dapat menjaringkan gol dan belajar dari The Yobs cara bermain bola sepak secara cool adalah tindakan kurang hajar dan ianya harus dibalas.

Terbukti bukan? Slogan Don't Mess With The Yobs telah meresap kedalam tubuh pemain The Yobs. Ingatan kepada semua pasukan. Jangan cari pasal dengan The Yobs. Bukan susah pun untuk kalian dengar amaran yang diberikan oleh The Yobs jika kalian tidak mahu mendapat susah seperti yang terjadi kepada Negeri Sembilan.

Dengan The Yobs senang saja, cuma kalian saja yang menjadikannya susah.

#.DMWTY

Thursday, January 17, 2013

Nota Ringkas Buat Pengurus Perak Azwanbro




Azwanbro, mike memang hensem, nak bandingkan dengan Raja Ahmad Zainuddin dengan Dato Jamal Nasir, mike 4 kali lipat le hensem dari dua pengurus Perak yang lama tu. Dulu sebelum liga mula, mike kemain kabo nak dapatkan John Crew. Habis dicanang satu kampung, dari Tanjung Malim membawak Grik, dari Bagan Dato membawa ke Parit Buntar semua orang dah teruja yob!

Tak habis kecoh lagi, tengah berseronok deme dengan perkabaran gembira tersebut, hujungnya yang masuk bukan John Crew, tapi Karim Rouani.

"Tak kisah le yob, Karim pun Karim ler, lagipun dengor kabonye si Karim ni iras-iras Zidane, main macam Karim Banzema, asal perancis nun, mane nak dapat yob. Yang ada dulu pun badan je kekor, tapi macam jelebor le pulak" Komen Wan Lebor, Presiden Kelab Penyokong Perak di Myspace.

Bukan tahun ni je segenap pelusuk rakyat Negeri Perak  kena kencin, tahun-tahun sudah pun banyak kali dah kena, pasai tu la deme udah tak kisah mane import yang datang, ambik je la yob, asalkan boleh jaringkan gol. Penat yob tiap tahun kena kencing je. Mula dari John Crew nak datang sampei le pelancaran jersey yang tak jadi buat teman ralat sikit.

Mike bukan tak bagus yob, mike walaupun tak sebongkak Pak Raja dan Dato Jamal, tapi mike boleh dapatkan penjaga gol paling hebat dalam Malaysia, mike boleh dapatkan bekas penjaring terbanyak Liga Super musim sudah, mike boleh dapatkan Rafael Souza. Bukan senang tu yob. Dengan Motto persatuan "Murah Tapi Power" mike dah buktikan.

Tapi yang betoi murah tu le yang puncanya yob, 1 menang 2 kalah, belum pernah jaringkan gol lagi bukan benda biasa yob. Coach dah ok, pemain bukan cap ayam punya brand, fans club punya belambak bagi sokongan. Harap mike dan orang dalam persatuan balas le kepercayaan teman dan orang-orang negeri Perak ni dengan keputusan yang bagus.

Keputusan yang bagus bukan kami mahukan dari kemenangan saja, tapi dari keputusan yang dibuat dan cara pengurusan pasukan. Ini yang utama yob. Harap mike buktikan sesuatu, mulakan dari masalah yang dihadapi Stadium Perak sampei le kepada keputusan perlawanan. Asai mike komited dan tunjukkan respon yang besar kepada masalah kecil yang dihadapi dah buat boleh buatkan teman sokong mike, tapi kalau sebaliknya, pikior sendiri le yob!

Sekian



Monday, January 14, 2013

Preview: Don't Mess With The Yobs Part 3

Darjat pasukan ini sangat tinggi, dan jangan samakan dengan pasukan lain tahu??

25 Ogos 2012 adalah hari terakhir pasukan paling cool dalam Malaysia bertemu Felda United. Bertemu dalam perlawanan kumpulan C Piala Malaysia 2012 dan menerima kekalahan pertama setelah beberapa tahun tidak pernah mengalami kekalahan dengan Felda United bukanlah perkara yang perlu dibincangkan sekarang. Ini cuma sejarah.

Kalau nak cerita sejarah sekarang ni, memang senyum lebor la tak ada langsung cabaran yang diberikan Felda United ke atas The Yobs sejak beberapa tahun lepas. Itu pun kali pertama dan terakhir Felda United menang semasa pertemuan di Ipoh 25 Ogos tahun lepas.

Seperti mana The Yobs mengajar Darul Takzim FC cara permainan bolasepak sebenar, begitulah yang akan The Yobs lakukan terhadap Felda United. Sekoman Guiza pun mampu disekat The Yobs. Apatah lagi cuma setakat Ghaddar, ibarat secebis cili yang meletak di gigi Azrai Khor tahu?

Aku tak tahu kalau Felda United ni tahu atau tak yang akan mereka tentang adalah juara 7 kali Piala Malaysia dan pasukan paling cool dalam Malaysia. Sungguh jauh darjatnya. Kalau mereka tahu, diharap selepas perlawanan, ceritakanlah kehebatan The Yobs ini kepada anak bini, saudara mara, jiran tetangga. Jangan pula lupa belajar sesuatu pada perlawanan malam esok dengan The Yobs.

Aku berharap semoga perjalanan Felda United meredah laluan berliku untuk sampai ke Stadium Lumut esok tidak akan di sia-siakan dengan membawa balik pengalaman berharga dan mempelajari sesuatu dari The Yobs.


#DMWTY

Friday, January 11, 2013

Reviews: Don't Mess With The Yobs Part 2

Pasukan paling cool yang tiada tolok bandingnya

Sebenarnya aku sekarang tengah terpaku kaku dan tak tahu nak ulas apa tentang perlawanan pasukan paling cool dalam Malaysia ini dengan pasukan Darul Takzim FC ni.

Korang bayangkanlah, 10 lawan 9. Aku dulu masa main bola petang-petang dekat kampung, kalau pasukan aku tak cukup pemain, pasukan aku tarik diri je, sebab tak mahu dibelasah. Tambah-tambah kalau masa tu pasukan aku lawan dengan budak-budak yang jenis makan nasi 5 kali sehari.

Kalau nak bercerita soal realistik dalam permainan bola sepak dengan kenyataan yang mana korang harus akui bahawa hakikat pasukan korang tak punya sedikit walau secebis hama pun kelebihan memang korang harus memilih dua jalan ini samada harus berjuang terus atau menyerah.

Kalau cerita bab pasukan kampung aku memang kami akan menarik diri kalau diberi dua pilihan tersebut, sebab pasukan kami jenis petang main bola, malam menjala ikan. Tak sama kalau nak bandingkan dengan pasukan hebat dan paling cool dalam Malaysia ni.


 Beberapa jam sebelum pasukan paling cool dalam Malaysia memulakan aksi cool di atas padang dan beberapa jam sebelum dua kad merah dilayangkan pengadil.

Sekarang ni kita cerita secara real dan jantan la ya, sebab bagi aku dan para pejuang The Yobs, kurang hajar tu ada dua makna. Pertamanya ialah bila bercerita tentang kekalahan dan menyalahkan pengadil. Keduanya ialah menyerah kalah bila diambang kekalahan. Ini perkara kurang hajar bagi The Yobs tahu?

Untuk bercerita secara jantan, ya kekalahan itu diterima baik oleh The Yobs selama 45minit bermain dengan separa keupayaan selepas dua pemain pertahanan dibuang padang iaitu Khairi Kiman dan Hisyamudin. Menyekat pergerakan pemain star Darul Takzim FC dan membungkam ego Guiza dari tidak menjaringkan gol, bermain di tempat lawan, tidak ,menurunkan striker import Karim adalah perkara paling true sekali dan itulah sebenarnya kemenangan sejati yang tiada tolok bandingnya.

Yang paling aku rasa bangga ialah cuma satu gol sahaja mampu disumbatkan oleh pemain star Darul Takzim FC berdepan 9 orang pemain pasukan paling cool. Aku sendiri tak tahu macam mana gol itu disumbatkan, dengar cerita Zak One yang jaringkan gol pada minit ke 48. Biasalah, walaupun kita sudah mencapai penggunaan teknologi paling optimum kat dunia ni. Tapi nak tengok bolasepak kat Malaysia ni pun masih lagi kena guna radio. Aku rasa macam hidup kat zaman jepun.

Darul Takzim FC mengekalkan standard utilization mereka dalam hal ehwal bola sepak yang baru saja dibina beberapa bulan lepas

Aku rasa cukup sajalah dengan 1 gol yang diberikan oleh The Yobs untuk mengajar Darul Takzim FC bagaimana bermain bolasepak secara cool dengan mengunakan 9 orang sahaja pemain menentang 12 pemain pasukan lawan.. Kalau nak belajar lagi dari The Yobs tentang hal-hal lain, kita cerita masa pusingan pertama Piala FA nanti ya.

#DMWTY




Wednesday, January 9, 2013

JDT vs Perak [Murah tapi Power, Yob!]

Diceritakan bahawa

"Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan sebuah kota di Johor Lama yang terletak di tebing Sungai Johor dan dari situ terus melancarkan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka. Baginda sentiasa bekerjasama dengan saudaranya di Perak dan juga dengan Sultan Pahang untuk menawan semula Melaka (pada ketika itu kota A Famosa telah dibina." - Perang Tiga Segi.

Bukan baru ini saja Perak mengenali Johor. Malah mengikut sejarah lampau, sudah berdekat lamanya persaudaraan ini terjalin. Bekerjasama dalam menentang musuh dan menjalinkan kerjasama dua hala ini berlaku sudah hampir 500 ratus tahun lampau.

Selepas 500 tahun itu tiada lagi yang dinamakan kerjasama. Kerana berbeza prinsip punca mengapa negeri paling cool dalam Malaysia ini telah melewati hari-hari meninggalkan dikotomi Johor.

*******

16 June 2012 ialah tarikh dimana hari terakhir pasukan paling cool dalam Malaysia ini menentang Johor yang dulu dikenali sebagai Johor FC. Menang 2-1 di Stadium paling keramat di Malaysia iaitu Stadium Perak telah memberi pengajaran kepada sebuah kelab dari Johor ini tentang bagaimana bermain bola sepak secara cool.

Ketika tradisi membeli pemain bintang yang dimulakan Pahang merasuk dalam Liga Malaysia di ikuti beberapa pasukan yang entah apa-apa saja membeli pemain bintang pada awal tahun 2005 sehingga tahun 2013 ini. Namun begitu, The Yobs tetap dengan prinsip dan tradisinya iaitu "Murah Tapi Power".

Meneruskan tradisi itu sehingga kini, tiada catatan pemain berharga puluhan ribu atau juta-juta yang bermain untuk pasukan paling cool dalam Malaysia ini.

“Saya terima tawaran dari Perak ini bukan kerana tawaran yang lumayan. Sebaliknya kehadiran ramai pemain muda yang berbakat,”

Falsafah The Yobs ialah mencipta bintang bukan membeli bintang. Untuk itu, pengajaran yang patut diberikan oleh The Yobs kepada Johor Darul Takzim jumaat ini ialah bagaimana bermain bolasepak dengan falsafah dan prinsip yang dibina sendiri. Juga tidak perlu membazir membeli pemain bintang berharga juta-juta. Belajarlah dari The Yobs cara bagaimana bermain bolasepak dan menghasilkan bintang sendiri.

"Teman berani cakap, maghi letak bola sebijik depan teman suruh si Chopot tu rebut. Tengok dapat ke idak."




Tuesday, January 8, 2013

Don't Mess With The Yobs

Ketika rakyat Malaysia tertumpu pada dua perlawanan live di tv sebentar tadi dengan cerita kebangkitan dan cerita kemenangan tipis.

Di pesisir pantai barat Lumut, senyap-senyap saja team paling cool dalam Malaysia ni menang.
 
Bukan tak mahu bercerita lanjut. Tapi sebagai pasukan yang mengamalkan prinsip "bior pape asey begaye" molek kiranya senyap saja tak perlu kecoh-kecoh. Dengan kemenangan tipis 1-0 hasil gol sumbangan pemain lawan membuktikan kekuatan mental The Yobs tidak goyah walau bermain tanpa kelibat penyerang import Karim.




Bermain pula bukan di stadium keramat, juga tidak mengoyahkan mental para pejuang The Yobs. Kalau Pahang boleh kalahkan Darul Takzim 3-2. Maknanya Darul Takzim bukanlah lawan The Yobs jumaat ini, sekoman Pahang dapat kalahkan Darul Takzim. Itu tandanya laluan mudah untuk The Yobs. Jadi bersedialah menjadi korban kedua The Yobs.

.Peace yo

Monday, January 7, 2013

Bola Emas - La Pulga Atomica

Peristiwa yang ditunggu-tunggu oleh semua makhluk bumi ialah pengumuman FIFA Ballon d' Or. Kalau korang orang melayu jangan nak menipu kata faham makud Ballon d'Or ni. Ballon d'Or ialah perkataan dari bahasa Perancis bermaksud Bola Emas.

Ballon d'Or ini di ilhamkan dari sebuah majalah bola sepak dari Perancis dan sehingga kini masih digunakan untuk mengiktiraf pemain bola sepak yang bermain di bawah naungan UEFA dan berketurunan Eropah. Sehingga tahun 2007 berlaku perubahan dan semua pemain di dunia layak untuk bertanding.

Setelah banyak-banyak pemain dicalonkan, hanya yang tinggal cuma 3 orang. Iaitu Messi, C.Ronaldo dan Iniesta. Apa yang menarik, Messi masih lagi dicalonkan setelah memenangi 3 kali berturut-turut dan ini bukan perkara yang pelik bila seorang pemain berjaya menjaringkan 91 gol dalam semusim dicalonkan sekali lagi setelah disaring dengan begitu ketat.

Bila Pele mengatakan bahawa Ballon d'Or wajib diberikan kepada C.Ronaldo dan bukannya Messia atau Iniesta seakan-akan mempertikaikan keupayaan Messi dan Iniesta. Dasar orang tua tak hormat calon-calon.
Dengan membawa pasukan menjuarai La Liga ia bukan tiket mudah memperolehi pengiktirafan tertinggi ini.

Bagi aku, mendapatkan gelaran Ballon d'Or ini seharusnya dinilai bukan dari aspek permainan dan rekod kecemerlangan bersama pasukan saja, tapi lebih dari itu. Menjadi pemain fleksibel di atas padang dan di luar padang adalah perkara yang wajib diteliti oleh panel.

Tapi bagi aku, menilai aspek-aspek tersebut adalah perkara yang membuang masa dan untuk tidak membuang masa tersebut. Aku rasa panel harus menilai kata-kata dari mereka-mereka ini.


"Messi seorang dewa dan makhluk dari planet lain" - Gerd Muller



"Messi bermain seperti PlayStation. Orang yang memperkatakan sebaliknya adalah mereka yang tidak tahu apa pun soal bola sepak" - Zlatan Ibrahimovic

"Dia (Messi) layak mendapat 10 Ballon d'Or" - Samuel Eto'o

Saturday, January 5, 2013

DMWTY - This Is Yob

Bercakap mengenai Juara Piala Malaysia adalah perkara basi.

Bercakap mengenai Juara Liga adalah perkara basi

Bercakap mengenai Double Treble juga perkara basi.

****

Sekarang mari kita bercakap mengenai Konsisten.

Definisi Konsisten ialah Tetap dan Tidak Berubah. Konsisten juga boleh boleh diselaraskan mengikut kehendak dengan perkataan yang berbeza.

Bila kita bercakap mengenai konsisten, perkara pertama yang kita harus tahu ialah bagaimana perlunya konsentrasi dan Fokus.

Korang pernah dengar perkataan Kaizen? dan apa yang korang dapat pelajari dari perkataan Kaizen? Mari sini aku ulas sikit mengenai Kaizen. Kaizen adalah satu bentuk perbuatan dari bahasa Jepun. Ianya tentang bagaimana menjalankan kerja secara konsisten dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Melalui Kaizen, kita dapat melihat cara kerja yang berterusan dan tidak pernah mengecewakan. Dengan modal yang dikeluarkan hanya secebis hama mampu membawa pulangan yang melebihi pelaburan. Ianya tentang sebuah pasukan paling cool dalam sejarah bola sepak Malaysia.




Falsafah Kaizen ialah mencipta juara. Konsisten bukan hanya terletak pada berapa banyak anda memenangi Piala Liga atau berapa kali anda Menjuarai Piala Malaysia. Tetapi bagaimana anda dengan konsisten mencipta dan mengeluarkan produk pemain masa hadapan. Mengekalkan tempat di kawasan selamat dan tidak pernah diaibkan sehingga terpaksa bermain di divisyen dua sejak Liga Semi Pro diperkenalkan adalah perkara paling true yang tidak pernah berlaku pada pasukan lain.

Bila korang bertanya apa yang perlu dibanggakan dengan sekadar konsisten? Ianya lebih dari apa yang korang bayangkan. Mencipta pemain masa hadapan untuk diguna pakai oleh pasukan Kelantan dan Selangor adalah misi pasukan ini dan ianya ialah perkara paling murni dan tidak pernah juga dilakukan oleh mana-mana pasukan.

Bagi mengekalkan prinsip pasukan yang berjiwa murni dan suka menolong pasukan yang lemah dalam pembangunan akar umbi dan negeri yang kekurangan bakat-bakat muda bermain bola sepak menyebabkan pasukan ini sentiasa konsisten dalam menjalankan kerja-kerja menghasilkan produk yang berkualiti.

Sekarang mari kita lihat misi konsisten yang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pasukan ini

1. Menjuarai Piala Belia U17 Malaysia 2012














 2. Menjuarai Piala Presiden 2012











3. Menjuarai Piala Emas Raja-Raja













4. Pingat Perak Sukma









5. Tempat ke-4 Liga Super














********
 
Aku ambil untuk tahun 2012 kerana bagi pasukan ini, sangat kurang hajar memperkatakan kejayaan masa lampau. Ianya tidak sopan dan biadap terhadap kejayaan yang dicapai masa kini. Sama jugalah seperti mempertikaikan kejayaan masa kini. Jadi se-eloknya, aku biarkan sejarah kejayaan lampau pasukan ini dari terus diperkatakan. Tak tahulah kalau-kalau Selangor tak ada kejayaan masa kini yang hendak diceritakan sampai terpaksa mengali sejarah lampau.

DMWTY


Thursday, January 3, 2013

Khutbah Jumaat: Ketua Harus Dihormati

Dalam banyak entri mengenai FAM satu saja yang belum difikirkan oleh semua orang ialah mempertahankan FAM. Siapa yang nak pertahankan persatuan ini? kalau ada yang mengaku aku fikir sudah kena penumbuk sebijik. Tambah-tambah jika ada yang bawa sepanduk ke stadium tulis "I LOVE FAM"

Soal kenapa harus mempertahankan FAM ni sebenarnya ialah perkara yang bagus. Pronya memang banyak tapi Kontranya harus kita kaji.

Penglibatan Sultan dalam persatuan sukan dan mengurus tadbir badan-badan sukan ini bukan perkara baru. Kalau kita lihat bukan Sultan Bolo saja yang memegang jawatan tertinggi badan sukan, tapi Sultan Hoki juga ada. Bezanya ialah Sultan Hoki ni dia memang berjiwa Hoki. Sewaktu usia mudanya, memang Hoki ialah permainannya. Kalau sembang bab Hoki memang tak memalukan kaum la orang kata.

Tapi Sultan Bolo ni kalau kita ajak sembang bab Bola memang aku tak yakin dia boleh pergi jauh. Paling koman lari topik cakap pasal peruntukkan banjir di Pahang. Ini cuma analogi.

Dalam banyak kontra. Satu yang harus kita fikir ialah bagaimana Sultan dan kaum kerabat di Raja ini mentadbir badan sukan menyebabkan kaum-kaum politik murahan tak dapat menunjukkan kekuasaan dalam korupsi dan pengaruh politik partisan. Nampak Bodoh kan?

Kita takmau ambil contoh jauh-jauh, cukup sekadar apa yang berlaku di Indonesia. Bila ahli Politik memegang badan sukan menyebabkan berlaku banyak penyelewengan. Ego politik dan beberapa siri korupsi menyebabkan bola sepak mereka terus jatuh. Apa yang berlaku di Indonesia itu sebenarnya contoh terbaik bagi kita mempertahankan Sultan Bolo dari tidak meletakkan jawatan.

Sangat disaster bila orang politik yang berteriak sakan ingin mengembalikan maruah bola sepak. Ini samalah seperti keluar dari mulut ikan paus, masuk dalam mulut ikan jerung. Isunya ialah bagaimana kita dapat menbendung gejala tidak sihat dalam persatuan sukan jika Sultan Bolo terus berkuasa. Dalam banyak minoriti aku salah seorang yang mempertahankan Sultan Bolo oleh kerana petikan kata-kata Mufti Perak ialah Ketua Harus Dihormati.




No.9 adalah angka kehancuran.

Beberapa minggu lalu terbit sebuah artikel dalam website Soccernet ESPN bertajuk ” Top Ten Asian Player of 2012″yang ditulis oleh Jhon Duerde. Menariknya dalam artikel tersebut, ada pulak tersenarai pemain Malaysia, Rozaimi Abdul Rahman berada pada kedudukan ke-9 dari 10 pemain Asia yang lain. Alasan kenapa dia tersenarai dimuatkan dalam sabdaan artikel tersebut :-

The 20-year-old's first appearance in the national team shirt came against Chelsea and the confidence in his play caught the eye of the coaching staff of the European champions. He then scored ten goals in five games in an ultimately unsuccessful qualification campaign for the Asia's Under-22 championships and the hype machine started to roll. Sometimes, though, that can be a good thing and Rahman is one of a new generation of Malaysian players who not only look good, they know they are good and want to show their talents on the biggest of stages.

Alasan sebegitu kalau dialih nama kepada Amar Rohidan, orang luar Malaysia bukan tahu pun. Sedangkan Rozaimi sendiri masih belum ada yang mengenalinya. Kita bercakap zaman sekarang la ye. Sebab aku takut bila aku bercakap zaman Akmal Rizal atau zaman Zami Mad Nor nanti ada pulak yang kata aku ni gila sejarah.

Tapi yang lebih menarik ialah Bambang Pamungkas yang sezaman dengan Akmal Rizal dan muda sikit dari Zami Md Nor boleh pulak tersenarai no.5 dalam carta tu. Aku tak tahu selain dari Khalid Jamlus yang pernah tersenarai dalam All Star Asean 2004. Adakah lagi pemain yang melebihi pencapaian yang dilakukan oleh Rozaimi?

Sangat diperlukan bagi sebuah pasukan itu seorang lead yang betul-betul ada karisma seperti Bambang Pamungkas. Bagi aku, Bambang Pamungkas boleh di anggap lejen dah setanding dengan Widodo Putro. Dahulu kita ada Ahmad Shahrul Azhar yang sangat ego di atas padang, pemain lain senang je dia pijak. Melangkaui ego dia jawapannya adalah disaster. Itu prinsipnya. Peristiwa selepas perlawanan persahabatan dengan Manchester United menjadi saksi.

Untuk mencari pemain seperti itu, susah untuk zaman sekarang. Kalau yang hebat seperti Rozaimi tidak tentu pulak hebat dalam kerja kepimpinan. Kalau yang ada pun cuma Safiq Rahim Chopot je. Itu pun entah macam hidup segan mati tak mau je.

Persoalannya, Mampukah Safiq Rahim Chopot menjadi seperti itu dan siapa pulak penganti Safiq Rahim Chopot selepas ini?




Bila Lejen Bersabda:

 "Bolasepak ialah bersahabat. Hari ini kita sudah menang. Saya minta kawan-kawan semua ikut arahan pihak berkuasa agar tidak terjadi rusuhan. Terima kasih kerana sudah datang jauh-jauh dari Jakarta demi menyokong Persija. Mari Kita raikan kemenangan ini dengan selamat sampai ke Jakarta" - BePe



profesional hukumnya mati

Menjadi seorang profesional tidak sukar, memberi komitmen dan baradaptasi dengan jujur dan bersemangat ialah perkara paling terpuji. Untuk hal yang dianggap sukar menjadi mudah bila profesional diharungi bersama tanggungjawab dan semangat yang sempurna.

Tapi hukum menjadi seorang profesional ialah mati di tengah-tengah peperangan. Hanya yang bacul melarikan diri tetapi tidak bagi seorang profesional dan bertanggungjawab. Seumur hidup aku mengenali keburukan yang paling buruk tahap najis ialah pembunuhan secara nyata.

Tetapi kali ini, keburukan yang dilakukan lebih buruk dari itu. Penyeksaan jiwa raga, tidak mendapat perhatian khusus sewaktu hayatnya dan menjadi seburuk-buruk kehidupan selepas dipuja melambung.

Diego Mendieta, nama seorang profesional yang sudah pergi menyahut seruan Tuhannya.

Dia bukan orang pertama yang mendapat perlakuan buruk terhadap kelabnya. Ada ramai lagi tetapi hanya kerana dia merupakan asing bagi sebuah negara yang bukan tempat asalnya. Perhatian terhadap perlakuan buruk itu terbang keserata dunia. Ditambah dengan kekacauan negara tempatnya menumpang terhadap isu bola sepak.

Aku tak pernah melihat seorang profesional seperti Diego Mendieta jatuh mendadak sehingga mati seperti yang dialami oleh Arthur Wharthon. Bezanya Arthur Wharthon ialah lagenda di negaranya. Aku tak pasti Diego Mandeita mendapat apa yang dialami oleh Arthur Wharthon atau pun tidak.

Aku seorang yang mencintai bola sepak, tetapi aku lebih mencintai hak kehidupan seorang manusia. Melihat sebuah kelab tidak membayar gaji adalah perkara biasa tidak terkecuali Malaysia dan aku sangat sedih akan hal itu. Menguruskan sumber kewangan dan etika melakukan kerja dengan amanah adalah perkara wajib bukannya main-main.

Pergi seorang Diego Mandieta merupakan tamparan keras untuk semua kelab di dunia yang mengamalkan dasar belanja mewah. Tanya pasukan negeri dan kelab Malaysia apa yang boleh dipelajari dari keburukan ini?













Wednesday, January 2, 2013

dia bukan dewa zues

Sewaktu anaknya pergi berperang di luar daerah dan dalam negeri, dia menunggu dengan sabar. Dia bukanlah dewa zues, dia juga tidak punya hubungan dengan ramai perempuan. Tapi dia ada ramai anak. Hidupnya penuh prinsip. Gaya dia seperti zues anak paling bongsu dari Kronos dan Rea. Itu cuma analogi.

Anak-anak yang dia asuh dahulu bertebaran mencari rezeki sendiri setelah selesai dia mengajarkan kehidupan formal seorang bakal Raja. Siapa yang tak kenal anak-anaknya? sedangkan dia sendiri adalah Mahaguru yang bertahkta di hati rakyat jelata.

Dia berani mengambil resiko terbang dari benua Amerika Selatan untuk menyerahkan catatan kejayaan dalam peperangan untuk diserahkan pada kerajaan barunya. Kerajaan itu bukan tiada upaya membela sepenggal lagi kuasa di tangan Raja lama, tetapi kehidupan yang berevolusi harus di ubah demi rakyat sejagat dan anak-anak kecil yang masih mencari identiti dan tujuan bernafas.

Bagi anak-anak kecil itu, menerima seorang bapa baru bukanlah sesuatu yang janggal kerana abang-abang mereka telah mengajari dengan tertib menghormati orang tua yang dipanggil bapa. Tidak pula pelik melihat dia seorang yang tua, dan hanya bercermin mata. Inikah bapa kita? tanya anak-anak kecil itu.

Dialah pencipta evolusi baru di kerajaan barunya. Dia juga melatih para Raja yang bakal menjajah satu demi satu kerajaan musuh. Anak-anak itu diasuh menjadi seorang yang dikenali sehingga kini, tidak mungkin luput dalam ingatan. Sejarah boleh dipadamkan pelbagai cara. Sehingga aku sendiri tidak mampu menjejakinya kini, dimana dia berada dan apa yang dilakukan sekarang. Masih hidup atau tidak.

Dia bukan dewa suez, tapi dialah dewa zues. Aku yakin dengan ingatan korang semua, dan tidak ragu-ragu mengenali Raja yang di asuh oleh dewa zues tetapi bukan dewa zues itu. 5 penggal menjadi Raja tidak diragui kemampuan dan kemahiran peperangannya. Taktikal yang dipelajari di pergunungan Miranorte tempat asalnya membuatkan musuh durjana tercengang-cengang.

"Ini serangan apa? kenapa begitu laju dan sangat kemas?" tanya musuh durjana kepada rakannya.

"Itu samba Brazil!" Jawab rakannya dengan penuh kegugupan.

Itu kisah 8 tahun lalu. Serangan samba yang dihidangkan menjadi bualan dan terus hanyut ditelan zaman, tiada lagi peperangan dengan kemahiran sebegitu. Dialah pencetus evolusi dengan kemahiran samba yang dibawa dari negaranya lalu membuatkan musuh durjana juga ingin mempelajari kemahiran sebegitu, tetapi sayang tidak berjaya!

Dialah dewa zues dan bukan dewa zues

Akulah dewa zuez




Arthur Warthon Sang Pioneer


Hakikatnya seorang pioneer sejati sering ditekan oleh kebanyakkan orang untuk melakukan perkara dalam keadaan berbahaya. Tidak terjadi perkara tersebut sehingga pada tahun 1882, seorang laki-laki digelar Athur Wharthon telah mengembara ke England untuk mempelajari sesuatu tentang kehidupan bersifat formal.

Masa yang diambilnya tidak pula begitu lama, dan merasakan sesuatu yang dilakukan sekadar mencakupi lumrah hidup seorang manusia, dia telah melakukan hal-hal yang sering dilakukan oleh kebanyakkan bangsanya. Iaitu menjadi Atlet

Dengan sisa pengalaman yang diperolehi dia berpindah ke Durham. Tidak janggal bagi seorang Arthur Wharthon yang berdarah Scotland campuran Ghana untuk menyesuaikan diri. Hanya Tuhan saja yang merestukan tentang hakikat perjalanan seorang Athur Wharthon maka tidak main-main dengan restuNya, dia telah melakukan catatan dunia 10 saat lari 100 meter. Catatan inilah yang menjadikannya atlet profesional dan diundang untuk pelbagai pertandingan.

Dengan hanya berbekalkan fizikal, Arthur Wharthon telah menerima pelbagai tawaran kelab bola sepak profesional di England. Preston  North End menjadi medan buat Arthur mempamer bakat seorang laki-laki yang pernah bercita-cita besar sewaktu di Jamestown. Tetapi perjalanan menjadi seorang penjaga gol profesional dalam bola sepak bukanlah perkara yang main-main di England. Menjadi pemain semipro bersama kelab Preston North End selama tiga tahun membolehkannya menjadi pemain profesional bersama kelab
Rotherham United.

Jika korang semua terkagum dengan kehebatan Rene Higuita itu tidak menjadi hal yang besar. Tetapi saatnya korang semua harus belajar mengenal seorang pioneer sejati bila saat undang-undang bola sepak tidak digubal dan seorang penyerang dibolehkan menyerang penjaga gol membuatkan catatan menarik dari Athur Wharthon harus kita tahu. Bagaimana Arthur Wharthon mencipta satu upaya menyelamatkan diri dari terjahan keras Penyerang lawan dengan bergayut di palang gol adalah perkara yang pelik jika difikirkan.

Upaya Arthur Wharthon membela kelabnya tidaklah begitu megah dan terlalu bagus. Tetapi cakap-cakap pada masa itu menyebut Arthur Wharthon adalah calon terbaik bagi membela pasukan kebangsaan England saat itu. Tetapi kentalnya diskriminasi rasial tahun 1894 tidak memberi peluang buat Arthur Wharthon. Sehingga dia menyertai kelab Sheffield United saat usianya sudah meningkat menyebabkan prestasinya menurun.

Hanya dengan gelaran pemain bola sepak dan menjadi seorang penjaga gol adalah sesuatu yang ingin dikenang bukan saja oleh Arthur Wharthon, tetapi penyokongnnya sendiri. Tetapi hal itu tidak terjadi disaat prestasinya menurun dan menyertai pula kelab biasa membuatkan Arthur Wharthon hilang pesona dan prestijnya. Tahun 1902, Arthur Wharthon bersara sepenuhnya dari dunia bola sepak dan gelaran penjaga gol dengan keadaan yang mendukacitakan. Tahun 1930 lenyaplah sudah pesona dan prestijnya yang sebelum ini hanya seperti puing-puing dilautan menunggu ombak menghempas. Dia telah meninggal dunia dalam keadaan tidak punya apa-apa.

Lumrah kehidupan tiada apa yang harus dikenang mereka yang telah pergi, dan kehidupan harus diteruskan. Tetapi, di Sheffield sebuah gerakan bernama Football Unites, Racism Divides FURD telah membukukan kisah seorang pioneer sejati ini.

Ianya bukanlah satu sejarah yang harus di kaji dengan mendalam, tetapi ianya lebih kepada anti racism yang begitu dingin sambutannya sekitar 1890an dan bagaimana seorang pioneer sejati ini dengan jantannya menerobos satu dimensi yang kental dengan soal rasialnya.

Soal racism ini bukan perkara baru dan sehingga kini masih diperdebatkan dengan cara sopan. Tetapi tidak terlepas dari kebocoran benteng yang dibina bagi membudayakan anti racism ini. Ianya bukanlah perkara seksi dan perlu dikenang pun. Tetapi bagaimana seorang pioneer sejati ini membuka jalan kepada bangsanya menyusup masuk ke dalam negara yang kuat dengan soal rasial dan itu satu kejayaan yang harus diraikan!



Tuesday, January 1, 2013

Seorang rebel bertanya, bagaimana mahu menjatuhkan kuasa yang hebat seperti FAM? belum sempat aku menjawab, Tiba-tiba Darlington keper sebuah negara Afrika berbisik kepada aku. "kamu ada beribu yang mengaku rebel? kenapa hanya sidang media saja yang dilakukan? Aku malu mengaku ada orang yang mengaku rebel tetapi hanya rebel di mata media"

6 ribu orang mengaku rebel, tapi 3 4 orang saja yang berani tampil kedepan membawa segulung kertas yang isinya ialah dalil-dalil mengapa Presiden FAM harus meletakkan jawatan. Aku tak tahu kalau mereka ini jumpa sultan bolo adakah mereka akan menyambah dahulu dan memberi ucapan "Ampun tuanku, Patik mohon sembah derhaka" atau pun mereka akan terus salam sultan bolo dan mengajak mengambil gambar dan minum teh lalu sembang berkenaan bola sepak negara.

Aku juga masih tertanya-tanya adakah sultan bolo tahu akan perkara ini? adakah dia tahu bahawa ada hampir sejuta lebih umat Malaysia inginkan dia meletakkan jawatan tetapi hanya 3 4 orang saja yang pergi menyerahkan catatan dosa yang dilakukan presiden FAM terhadap bola sepak negara sampaikan beliau harus meletakkan jawatan?

Pernah juga aku terfikir, bagaimana cara paling tepat yang harus dilakukan seorang rebel bagi menyedarkan kesilapan dan dosa FAM terhadap bola sepak negara? Kadang-kadang aku berangan-angan, begini ceritanya.  
Seorang rebel berlari masuk ke dalam padang sewaktu perlawanan Liga M dan membawa sepanduk "Presiden FAM Sila Letak Jawatan!!!!". Berlarilah rebel tersebut keliling padang lalu dikejar oleh FRU dengan cota dengan memukul si rebel tersebut sampai mati.
Lalu keesokkannya di muka hadapan Berita Harian, Harian Metro, Utusan Melayu, Harakah Daily, Suara Keadilan, keluarlah tajuk utama "Mati demi melihat Presiden FAM meletak jawatan". Start dari hari itu, maka bermulalah perdebatan yang hebat dikalangan cerdik pandai, pakar sejarah juga ilmuan agama tentang perkara ini, sehingga menyebabkan FAM terus dihimpit tekanan yang maha dasyat. Selama perkara berkaitan Presiden FAM sila Letak Jawatan!!!! tidak sampai ke pengetahuan sultan bolo, maka bermula dari situlah, sultan bolo mengetahui ada yang mati kerana mahukan dia meletakkan jawatan.

Akibat tekanan itu dan perasaan bersalah di lubuk hati sultan bolo, maka sultan bolo telah mengakhiri kariernya sebagai Presiden FAM serta merta. Lalu di ikuti oleh beberapa pegawai yang lain. Alasannya ialah ugutan dari 6 ribu orang lagi yang bersedia mogok lapar di hadapan Wisma FAM jika sultan bolo dan pegawainya tidak meletakkan jawatan.

Persoalannya pertama, siapakah 6 ribu orang itu? tepuk dada hey hey.. tanyalah selera.
Kita bangsa negara harus pandai berbahasa, bertanya mengapa siapa bagaimana? punya akal fikiran tahu arah tujuan, menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan. Haish tertiru lirik lagu pulak.
Persoalan kedua, siapakah yang berani menjadi rebal sejati?