Ballon d'Or ini di ilhamkan dari sebuah majalah bola sepak dari Perancis dan sehingga kini masih digunakan untuk mengiktiraf pemain bola sepak yang bermain di bawah naungan UEFA dan berketurunan Eropah. Sehingga tahun 2007 berlaku perubahan dan semua pemain di dunia layak untuk bertanding.
Setelah banyak-banyak pemain dicalonkan, hanya yang tinggal cuma 3 orang. Iaitu Messi, C.Ronaldo dan Iniesta. Apa yang menarik, Messi masih lagi dicalonkan setelah memenangi 3 kali berturut-turut dan ini bukan perkara yang pelik bila seorang pemain berjaya menjaringkan 91 gol dalam semusim dicalonkan sekali lagi setelah disaring dengan begitu ketat.
Bila Pele mengatakan bahawa Ballon d'Or wajib diberikan kepada C.Ronaldo dan bukannya Messia atau Iniesta seakan-akan mempertikaikan keupayaan Messi dan Iniesta. Dasar orang tua tak hormat calon-calon.
Dengan membawa pasukan menjuarai La Liga ia bukan tiket mudah memperolehi pengiktirafan tertinggi ini.
Bagi aku, mendapatkan gelaran Ballon d'Or ini seharusnya dinilai bukan dari aspek permainan dan rekod kecemerlangan bersama pasukan saja, tapi lebih dari itu. Menjadi pemain fleksibel di atas padang dan di luar padang adalah perkara yang wajib diteliti oleh panel.
Tapi bagi aku, menilai aspek-aspek tersebut adalah perkara yang membuang masa dan untuk tidak membuang masa tersebut. Aku rasa panel harus menilai kata-kata dari mereka-mereka ini.
"Messi seorang dewa dan makhluk dari planet lain" - Gerd Muller
"Messi bermain seperti PlayStation. Orang yang memperkatakan sebaliknya adalah mereka yang tidak tahu apa pun soal bola sepak" - Zlatan Ibrahimovic
"Dia (Messi) layak mendapat 10 Ballon d'Or" - Samuel Eto'o



No comments:
Post a Comment