Seorang
rebel bertanya, bagaimana mahu menjatuhkan kuasa yang hebat seperti
FAM? belum sempat aku menjawab, Tiba-tiba Darlington keper sebuah negara Afrika berbisik kepada aku. "kamu ada beribu yang mengaku rebel? kenapa
hanya sidang media saja yang dilakukan? Aku malu mengaku ada orang yang
mengaku rebel tetapi hanya rebel di mata media"
6 ribu orang mengaku rebel, tapi 3 4 orang saja yang berani tampil kedepan membawa segulung kertas yang isinya ialah dalil-dalil mengapa Presiden FAM harus meletakkan jawatan. Aku tak tahu kalau mereka ini jumpa sultan bolo adakah mereka akan menyambah dahulu dan memberi ucapan "Ampun tuanku, Patik mohon sembah derhaka" atau pun mereka akan terus salam sultan bolo dan mengajak mengambil gambar dan minum teh lalu sembang berkenaan bola sepak negara.
Aku juga masih tertanya-tanya adakah sultan bolo tahu akan perkara ini? adakah dia tahu bahawa ada hampir sejuta lebih umat Malaysia inginkan dia meletakkan jawatan tetapi hanya 3 4 orang saja yang pergi menyerahkan catatan dosa yang dilakukan presiden FAM terhadap bola sepak negara sampaikan beliau harus meletakkan jawatan?
Pernah juga aku terfikir, bagaimana cara paling tepat yang harus dilakukan seorang rebel bagi menyedarkan kesilapan dan dosa FAM terhadap bola sepak negara? Kadang-kadang aku berangan-angan, begini ceritanya.
Seorang rebel berlari masuk ke dalam padang sewaktu perlawanan Liga M dan membawa sepanduk "Presiden FAM Sila Letak Jawatan!!!!". Berlarilah rebel tersebut keliling padang lalu dikejar oleh FRU dengan cota dengan memukul si rebel tersebut sampai mati.
Lalu keesokkannya di muka hadapan Berita Harian, Harian Metro, Utusan Melayu, Harakah Daily, Suara Keadilan, keluarlah tajuk utama "Mati demi melihat Presiden FAM meletak jawatan". Start dari hari itu, maka bermulalah perdebatan yang hebat dikalangan cerdik pandai, pakar sejarah juga ilmuan agama tentang perkara ini, sehingga menyebabkan FAM terus dihimpit tekanan yang maha dasyat. Selama perkara berkaitan Presiden FAM sila Letak Jawatan!!!! tidak sampai ke pengetahuan sultan bolo, maka bermula dari situlah, sultan bolo mengetahui ada yang mati kerana mahukan dia meletakkan jawatan.
Akibat tekanan itu dan perasaan bersalah di lubuk hati sultan bolo, maka sultan bolo telah mengakhiri kariernya sebagai Presiden FAM serta merta. Lalu di ikuti oleh beberapa pegawai yang lain. Alasannya ialah ugutan dari 6 ribu orang lagi yang bersedia mogok lapar di hadapan Wisma FAM jika sultan bolo dan pegawainya tidak meletakkan jawatan.
Persoalannya pertama, siapakah 6 ribu orang itu? tepuk dada hey hey.. tanyalah selera. Kita bangsa negara harus pandai berbahasa, bertanya mengapa siapa bagaimana? punya akal fikiran tahu arah tujuan, menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan. Haish tertiru lirik lagu pulak.
Persoalan kedua, siapakah yang berani menjadi rebal sejati?
No comments:
Post a Comment