Tapi hukum menjadi seorang profesional ialah mati di tengah-tengah peperangan. Hanya yang bacul melarikan diri tetapi tidak bagi seorang profesional dan bertanggungjawab. Seumur hidup aku mengenali keburukan yang paling buruk tahap najis ialah pembunuhan secara nyata.
Diego Mendieta, nama seorang profesional yang sudah pergi menyahut seruan Tuhannya.
Dia bukan orang pertama yang mendapat perlakuan buruk terhadap kelabnya. Ada ramai lagi tetapi hanya kerana dia merupakan asing bagi sebuah negara yang bukan tempat asalnya. Perhatian terhadap perlakuan buruk itu terbang keserata dunia. Ditambah dengan kekacauan negara tempatnya menumpang terhadap isu bola sepak.
Aku tak pernah melihat seorang profesional seperti Diego Mendieta jatuh mendadak sehingga mati seperti yang dialami oleh Arthur Wharthon. Bezanya Arthur Wharthon ialah lagenda di negaranya. Aku tak pasti Diego Mandeita mendapat apa yang dialami oleh Arthur Wharthon atau pun tidak.
Aku seorang yang mencintai bola sepak, tetapi aku lebih mencintai hak kehidupan seorang manusia. Melihat sebuah kelab tidak membayar gaji adalah perkara biasa tidak terkecuali Malaysia dan aku sangat sedih akan hal itu. Menguruskan sumber kewangan dan etika melakukan kerja dengan amanah adalah perkara wajib bukannya main-main.
Pergi seorang Diego Mandieta merupakan tamparan keras untuk semua kelab di dunia yang mengamalkan dasar belanja mewah. Tanya pasukan negeri dan kelab Malaysia apa yang boleh dipelajari dari keburukan ini?

No comments:
Post a Comment