Aku tak rasa ada yang tertunggu-tunggu tentang apa yang aku nak katakan tentang Bolasepak malaysia tidak akan maju selagi....
Masalahnya aku dah berjanji dengan budak2 HMC yang aku akan luahkan segala isi hati aku berkenaan isu yang aku nak bagitahu ini.. Tepat jam pukul 4 la, apa la.. ciss.. janji melayu.. biasa la.. aku kan melayu penderhaka.. apa lu kisah? yang penting perjuangan aku tetap teguh dengan segala prinsip yang aku pegang selama ni..
Seperti yang diketahui umum, Piala Dunia telah pun melabuhkan tirainya kelmarin, dengan Sepanyol yang dahulunya terkenal dengan pemerintahan bani umaiyyah telah menjulang piala yang bagi aku tiada nilainya.. sekadar piala yang dilakar nama negara yang memenanginya seterusnya disimpin didalam peti besi atau rak kaca selama 3 tahun sebelum dipulangkan untuk kejohanan yang seterusnya..
Yang penting bagi aku ialah wang.. kemegahan dan kemewahan yang tiada nilainya.. mereka diangkat dan dijulang bak perwira dinegara sendiri mungkin diseluruh dunia.. merekalah pasukan terhebat atau negara yang paling handal dalam bolsepak di planet bumi ini.
Bolasepak adalah subjektif.. jika ada yang berkata gol itu adalah hasil daripada taktikal yang dirancang sebelum perlawanan.. mai sini aku nak tepuk dai dia.. taktikal adalah tindak balas pemain2 yang bermain diatas padang.. bkn coach atau penonton yang merancangnya. Mungkin ada 2 3 part memerlukan taktikal yang lebih terperinci seperti sepakan percuma, sepakan sudut atau gerakan 1-2 yang mungkin boleh menghasilkan gol.. tapi bagi aku.. ini adalah penipuan sekadar untuk menutup kelemahan yang ada pada sukan ini.. seterusnya kita mengaku ia adalah seni yang sangat mengagumkan... padahal tidak!! tidak!! percayalah pada aku.. aku... petai!!
Bolasepak dieropah seperti yang diketahui sudah mencapai taraf yang sangat sukar untuk digapai atau disaingi oleh mana2 benua yang lain.. kenapa mereka sangat maju? apakah makanan pemain mereka itu bergizi? pemain kita pun makan makanan yang bergizi juga.. seperti roti canai, nasi briyani, teh tarik.. kfc.. mcd.. nasi lemak 3 bungkus.. sambal belacan.. mertabak.. tempoyak.. budu dan lain2..
apakah punca sebenarnya?? kawan2 ku yang disayangi sekalian.. aku bukanlah seorang pengkritik yang hanya mengkritik membabi buta..aku seorang penyokong bolasepak malaysia..dan aku memperjuangkan panji2 yang aku pegang selama ini demi melihat sesuatu yang positif dapat diterokai oleh penyokong2 malaysia yang aku gelarkan selama ini sebagai patriotaik.. lu takboleh salahkan gua kalau gua nak kata lu patriotaik.. lu nak marah ke apa ke.. pedulik hapa..
punca..punca... punca dan punca.. apakah masih belum dapat kita fikirkan? apakah masih belum dapat kita fikirkan kenapa malaysia sukar untuk maju dalam bolasepak?
kenapa eropah sangat maju? apakah mereka punya sistem rahsia yang mereka pakai selama ini tanpa pengetahuan kita? sebenarnya tiada apa2 sistem yang mereka pakai..kecuali mentaliti.. kebudayaan dan cara hidup yang membantu meningkatkan taraf mereka.. samada dalam bolasepak, kehidupan, ekonomi dan hiburan mereka.
satu je yang aku nak bagitau.. asean kalau nak maju dalam bolasepak.. perlu berkiprah di langit timur.. kenapa benua asia yang luas... hanya 4 pasukan yang shaja mampu layak ke piala dunia?
kita perlu ada sistem yang membantu antara kesemua negara.. bukan belajar atau intropeksi.. tetapi perlu membantu sesama negara.. sistem yang aku yakin mampu membantu bolasepak malaysia untuk terus maju ialah.. menjalin kerjasama dengan FA negara2 jiran, tidak kiralah indonesiakah.. vietnam.. thailang.. singapore..laos,.. myanmar..atau filipina.. perlu diingat.. asean adalah kepulauan melayu yang sangat masyur suatu ketika dahulu.. siapa yang tak kenal kesultanan melaka? kerajaan majapahit? kerajaan sriwijaya? peradaban lembah bujang? kita adalah satu rumpun yang sangat besar sebenarnya dan baratlah punca keretakkan dan memecah belahkan kita semua..
sistem yang aku nak perkenalkan disini ialah LIGA ASEAN.. mungkin agak janggal bunyinya.. ya.. mungkin kita dah ada piala AFC.. piala Asean atau suzuki.. mungkin jgk sukan sea.. tapi sistem yang aku nak perkenalkan ini bknlah sistem yang sama dengan kejohanan yang aku sebutkan tadi.. Liga asean mungkin melibatkan kos yang agak besar sebenarnya.. tetapi jika kita positif dan yakin dengan tujuan dan matlamat yang kita inginkan.. tak mustahil?
Liga asean bukanlah kejohanan liga.. dimana pasukan yang menang mengutip 3 mata.. ia sekadar nama.. sekadar nama sahaja!!
disinilah letaknya kepintaran seorang pentadbir.. apakah mereka fikir.. kejayaan tanpa usaha itu adalah sia2? seharusnya mereka berfikir.. kejayaan tanpa perancangan dan strategi juga mustahil untuk dicapai..
Kita perlukan kerjsama antara FA negara2 jiran.. lakukan perbincangan yang lebih kerap.. jalinkan kerjasama pintar.. hantar pemain negara masing2 untuk melakukan ujian mewakili kelab antara negara.. tetapi ia perlukan pengorbanan yang besar.. ia memerlukan masa yang agak lama untuk menyedarkan rakyat asean tentang PEMIKIRAN BESAR.
Mungkin Malaysia sudah mencapai ketahap pemikiran besar.. mungkin juga singapore, mungkin juga thailand, tetapi apakah indonesia? vietnam? laos? myanmar? mampu melakukan hal yang sama? disinilah punca utama yang aku nak sebutkan.. tentang negara2 yang belum mencapai pemikiran besar.. hanya memikirkan hal yang remeh temeh sahaja..tak mampu mengawal keadaan.. emosi dsb..
disinilah kenapa asean tak maju2 dari dulu.. malaysia perlukn jiran yang punya pemikiran besar.. seiring dengan pemikiran yang ada pada kita ketika ini..
LIHAT eropah.. negara mereka kesemuanya mempunyai pemikiran yang besar.. sebab itu mereka boleh maju dalam pelbagai bidang.. kerjasama senang dilakukan tanpa sebarang emosi sepele yang entah apa2..
kenapa hal ini terjadi di asean? kerana barat jugaklah.. indahnya seni ciptaan Tuhan.. memerlukan kita berfikir dengan lebih jelas tentang keografi yang dilakar oleh Tuhan.. sistemnya sangat hebat.. tetapi pasti ada jalan penyelesaiannya.. itulah yang Tuhan mahukan..
Dahulu aku pernah berkata.. APA2 SAHAJA YANG KITA LAKUKAN.. IA ADALAH TENTANG NEGARA KITA.. BURUK KITA BUAT..BURUKLAH JAWABNYA.. BAIK KITA BUAT.. KEJAYAAN YANG BAKAL KITA KECAPI..
korang boleh fikirkan tak apa yang aku fikirkan ini? aku perlukan seorang yang punya pemikiran besar untuk mendalami tentang apa yang aku fikirkan ini..tolong jangan matikan pikiran aku ni..
nanti aku ceritakan sedikit tentang apa itu liga asean.. ia bukan kejohanan liga..tetapi nama bagi kita menyebut tentang kerjsama yang BAKAL dilakukan oleh FA negara2 jiran jika Tuhan izinkan negara2 jiran itu mempelajari tentang bagaimana untuk berfikir dengan pemikiran yang besar! Insyallah..
Tuesday, July 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment