Ok, ceritanya begini.
Kau ada seorang kawan yang bekerja di Telekom Malaysia Berhad (TM). Kira dia tu kawan baik engko jugaklah dalam sekian banyak kawan-kawan yang engko ada.
Aku pulak sekarang tengah berbulu dengan perkhidmatan yang disediakan oleh TM. Lalu aku secara sedar meluahkan ketidakpuasan hati aku kepada engko tentang perkhidmatan yang serupa celaka oleh TM.
Engko pulak mendengar apa yang aku luahkan, dan engko telah berkata, contohnya begini ayat engko: "Engko keje dekat TM la baru ko tahu cara kerja deme, jangan tahu melalak je tak tentu hala, si mamat (mamat tu kira kawan baik ko la tu) tu banyak tolong aku clearkan masalah stremik rumah aku engko tahu!?"
Aku terkedu. Aik, sejak bila pulak dia ni tahu sentap? Ya memang engko tak rasa macam sentap bila aku meluahkan rasa tidak puas hati aku terhadap perkhidmatan yang disediakan TM dan ketidakpuasan hati aku jugak menyebabkan segala yang berkaitan TM akan aku fuck sama rata termasuk bos, bos kecik, eksekutif, eksekutif kecik, pekerja biasa, ofisboy dan tukang buat air. Jangan tanya kenapa begitu dasyat aku marah kalau temperature aku naik.
Ya, engko kata engko tak sentap, tapi kau sound aku dengan ayat begitu samalah gayanya seperti engko sentap sebab kawan baik engko aku pukul sama rata dengan perkhidmatan TM. Engko tak mengaku?
Aku tak peduli kawan baik engko ada kerja dekat TM, sebabnya aku pernah jugak fuck tempat kerja lama aku yang serupa celaka tu walaupun bapak sedara aku sendiri ada kerja dalam company yang sama. Sampai sekarang aku fuck company tu dan pekerja-pekerjanya tahu?
Inikan pulak kawan baik engko? Aku tak perlu berbahasa lembut untuk mengkritik, aku perlu menjadi diri aku sendiri saja.
Bagi aku, bila engko tidak puas hati dengan sesebuah perkhidmatan, dan engko tidak berani menyuarakan ketidakpuasan hati engko disebabkan kawan baik engko atau sedara engko atau awek engko ada kerja dalam tu, itu tandanya engko looser!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment