tiba2 aku teringat sama itu harun aminurashid.. masa kecik2 dulu, aku suka baca buku dia tentang panglima awang.. berkali2 aku baca kisah panglima awang yang dia tulis. sampaikan naik pitam kepala otak aku. tapi memang dia hebat.. dia seorang penulis yang membangkitkan semangat nasionalisme aku..bukan aku saja, mungkin berjuta rakyat lagi.
sampai sekarang aku masih simpan lagi buku dia tentang panglima awang tu.. aku sangat suka bila tulisannya mencerminkan seorang rakyat marhean tetapi penuh jiwa yang kental medidik berjuta rakyat.
aku pasti akan teringat tentang satu harta yang sangat bernilai.. yang sudah lebih 53 tahun usia peninggalannya. bila aku fikir2.. dalam negara kita ni.. ada saja yang mengaku pejuang.. membela negara.. patriotik.. hakptuihhh.. aku tak percaya semua itu.. sejauh mana patriotik mereka? mengangkat bendera sambil bermegah akulah rakyat malaysia yang sangat cintakan negara?? hakptuihh lagi sekali.. dengan menubuhkan persatuan membela negara? kaum? atau apa2 saja yang menguntungkan sebelah pihak?? hakptuih lagi sekali..
banyak orang yang aku jumpa.. yang aku kenal semua berfikiran kebiasaan dalam lingkungan fikiran orang2 40tahun ke bawah. hakptuihhhh... semua takboleh pakai.. itu belum yang baru usia 30tahun ke bawah.. lagi hakptuihhhh.. sebab itu aku punya ramai kawan yang berusia sekitar lewat 50an.. atau awal 40an.. bagi aku..mereka lebih tahu maksud rakyat yang sebenar dan patriotik yang sebenar..
kawan baik aku, johari namanya, berusia 45 tahun.. yang pernah belajar satu kelas dengan aku sewaktu di institut tempat aku menuntut ilmu.. dia bukanlah seorang yang patriotik.. yang mengangkat bendara.. mengibarkan bendera.. menyanyi lagu negaraku..menyanyi lagu semboyan dah berbunyi atau apa2 saja tindakan beliau yang menyokong atau membela malaysia tanah tumpah airnya.. tetapi dia patriotik bila membicarakan hal rakyat.. soal partisan langsung dia tak sentuh.. dia boleh diibaratkan sebagai seorang rakyat yang selalu menyentuh isu2 rakyat.. boleh jadi.. dia seperti seorang pengkritik yang sangat tidak disukai ramai.. bila perkara sebenar itu dibicarakan tanpa tapisan.. aku harus mengangkat tangan tanda hormat..
seorang lagi.. rakan aku berusia 66 tahun.. pakcik akhbar namanya.. baya2 usia bapak aku je dia ni.. tapi sportingnya tak payah cerita la.. apa yang hendak dibanggakan dengan pengalaman yang baru dicedok selama lebih 30 tahun hidup ? hakptuihhhhh...fikiran matang kononnn....
aku selalu lepak di gerainya.. bersembang dengan dia bila aku balik dari tempat belajar.. dia juga sangat suka menyentuh isu rakyat.. bila rakyat hari ini telah menjadi sebutan yang sangat enak pada individu2 yang insaf..kita selalu melaungkan hak rakyat, mendengar rintihan rakyat..pelbagai sebutan yang di tujukan maksudnya iaitu rakyat..
alangkah indahnya sekarang perkataan rakyat itu di laungkan sendiri oleh tiap2 individu yang betul2 insaf pada kedudukan yang sebenar..yang mana hari ini rakyat jelata telah mendapat pembela dari segenap hati yang benar2 insaf, dan alangkah besar maknanya seseorang iitu telah bergelar atau digelar atau dipanggil penganjur rakyat atau pembela rakyat..
kita suka menarik perhatian kepada beberapa pihak yang takot dengan perkataan rakyat dan takut menyebut perkataan rakyat yang disangka oleh mereka adalah rakyat itu perkataan "politik" jadi ertinya "rakyat" itu merbahaya dan janganlah disebut sebut perkataan rakyat, apa lagi dihubung hubungkan dengan diri mereka...
hendak kemana orang itu atau puak itu? hendak lari dari rakyat? bukan ke dengan sebab ada "raja" baru ada sebutan "rakyat"? adakahkah pernah kejadian ada raja tak ada rakyat? bukankah yang sebenarnya penganjur rakyat itu ialah raja? disini cukup terang nasib bangsa melayu semakin sempit dan gelap.
sangat berharap pada orang2 yang bertanggungjawab di atas soal keselamatan rakyat melayu atau malaysia ini, janganlah takut kepada perkataan rakyat, kerana rakyatlah yang menjadikan sebuah negara itu kuat dan dihormati.
sejarah bangsa melayu dari zaman merdeka hingga zaman terjajah sentiasa rakyat malaysia berdiri di belakang penganjur dan pemimpinnya dengan memikul nasib mulia sama dujunjung dan hina sama derita..
selama mana aku terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada seorang nasionalisme sejati.. dengan kudrat keringat, bisikkan nawaitu langsung terus kepada sang patriotik sejati bagi meneruskan kerja2 yang mulia ini..
kepada sang patriotik yang membaca tulisan aku ini..ingin aku katakan.. lu bukan patriotik.. lu PATRIOTAIKKKKKK...
sekian
Thursday, January 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
same thought..diorg nie kadang2 melebih2 dari orang lain..xtau ape yg diperjuangkan..
ReplyDelete